Ibu bapa kita bukan harapkan layanan VIP, cukup sekadar kasih sayang dan perhatian. Ini tip penting ketika menjaga mereka

A
A
A

APABILA setiap kali menjelang Aidilfitri atau Aidiladha, kisah mengenai anak yang derhaka kepada orang tua atau enggan pulang bertemu keluarga pasti akan ada.

Boleh dikatakan skrip drama yang dipaparkan hampir serupa pada setiap tahun. Meskipun sama dan mencapai matlamat untuk mengalirkan air mata penonton, namun adakah semua itu memadai?

Tidak dinafikan ramai penonton pasti akan berasa tersentuh dengan plot penceritaan memaparkan sosok tua yang tidak berdaya.

Perasaan kita akan lebih terkesan jika orang tua terbabit bergantung harap dengan individu lain (bukan anak sendiri) dalam menguruskan diri sendiri termasuk dari segi makan dan minum.

CUBA dapatkan nasihat daripada pakar untuk mengetahui perkara yang perlu dilakukan bagi menjaga warga emas.

Walaupun sekadar drama, sebenarnya, apa yang dipertontonkan adakalanya memaparkan realiti yang sebenar.

Ya, sudah lumrah manusia apabila usia sudah menua, apa yang hanya tinggal hanya sisa-sisa kudrat yang kian lemah.

Kepada kita yang masih kuat dan bertenaga, sudah tiba masanya kita berbakti kepada orang tua kita.

Bagaimanapun, untuk menjaga warga emas ada cara dan hal yang perlu diambil kira.

Justeru, pada kali ini, SinarPlus akan kongsikan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh penjaga dari aspek mental dan fizikal:

1. Fahami dan ketahui

Seseorang penjaga warga emas perlu mengetahui tahap kesihatan warga emas di bawah jagaan mereka. Hal ini termasuk pengambilan ubat-ubatan dan rawatan susulan.

Fahami juga perubahan yang berlaku ke atas warga emas tidak mengira sama ada kesihatan atau pada anggota fizikal mereka.

2. Emosi

Cuba kawal perasaan dan mengatasi tekanan dengan baik. Tanggungjawab sebagai penjaga berat. Disebabkan itu, ketahanan mental dan fizikal sangat penting.

Cuba dapatkan sokongan atau pandangan daripada individu lain. Tidak salah sekiranya cuba mencari atau mendapatkan pertolongan dan kalau boleh buang ego serta perasaan malu jauh-jauh.

3. Komunikasi

LUANGKAN masa berkomunikasi dengan warga emas dan fahami emosi mereka.

Setiap daripada kita mempunyai personaliti dan keinginan masing-masing. Begitu juga dengan warga emas. Sebahagian mereka gemarkan individu untuk dijadikan sebagai peneman bercerita dan berbual.

Segelintir pula memilih untuk mempamerkan sikap seperti keanak-anakan semata-mata ingin mendapatkan perhatian.

Oleh itu, memperbanyakan bersabar dan cuba memahami cara untuk berkomunikasi dengan baik apabila bersama mereka.

Penjaga perlu memiliki sikap yang matang dan bertanggungjawab serta mempunyai rasa empati terhadap warga emas.

4. Kemudahan dan keselesaan

HARGAILAH orang tua selagi mereka masih ada.

Sebaik sahaja mengetahui kesihatan dan kekuatan fizikal warga emas, cuba sediakan segala kelengkapan seperti katil, tandas dan peralatan makanan bagi memudahkan mereka.

Keselesaan turut mempengaruhi tahap kesihatan warga emas lebih-lebih lagi emosi. Bukan mengharapkan layanan VIP, tetapi cukup sekadar bersifat berperikemanusiaan dan simpati.

Renung-renungkanlah hadis ini:

Daripada Hadis Riwayat Muslim, baginda bersabda: "Apabila ALLAH SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya."

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca