Ibu terharu setiap hari dapat bunga ketika jemput anak sekolah bikin ramai cair

SIAPA je yang tak suka bunga kan? Lagi-lagi wanita yang hatinya lembut ibarat sutera.

Biasa isteri atau gadis dapat jambangan bunga dari suami atau kekasih hati kan? Tapi lain situasi yang dilalui wanita ini.

Menerusi perkongsian video pendek di TikTok @manal-usamah, dia menyatakan setiap hari mendapat bunga ketika menjemput anak lelakinya dari sekolah.

“My mat bunga, everyday balik ada surprise,” tulisnya ringkas.

Daripada posting tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki itu dengan spontan memetik bunga berhampiran pagar sekolah.

Setelah itu, dia memegang kuntuman bunga itu sambil berjalan terus menuju ke kereta dan memberikan kepada ibu tercinta.

Baca juga Rupanya ini cara mudah tanam sendiri bunga tulip di rumah. Mesti menjadi punya!

Bunga

Difahamkan, anaknya itu akan memetik bunga hari-hari dan memberikan kepadanya.

Momen itu ternyata membuat ramai melting. Rata-ratanya mengatakan dia sangat comel dan romantik.

Ujar mereka;

“Alaaa comelnya.. bahagia ibu ya. Semoga jadi anak soleh.”

“Ya ALLAH kecil-kecil dah sweet ya. Seronok ibu kalau macam ni.”

Baca juga Buat sendiri pasu bunga, kos murah tapi hasil nampak mahal

Iklan

Bunga

 

“Mesti belajar dari ayah dia. Menghargai setiap saat dengan orang tersayang. Untungnya perempuan dapat lelaki macamni. Tak perlu sesuatu yang mahal sekadar ucap tq.

“Anak lelaki ni cinta pertamannya adalah ibu.”

Iklan

“Alhamdulillah…anak bertuah. Sejuk perut ibu mengandung 9 bulan 10 hari. Moga berkat hidupmu nak.”

Aduhai dik, kenapa sweet sangat ni?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!