Ini kuarters Tun M masa mula-mula jadi doktor tahun 1956

A
A
A

STRUKTURNYA masih utuh dan cantik, namun kebanyakan tingkap sudah tidak sempurna.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengunjungi kuarters lamanya di Kuah, Langkawi yang didiami beliau pada tahun 1956.

Bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.

Kredit foto: varnam.my

Pada 5 Ogos 1956  melangsungkan perkahwinan dengan  isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Beliau berkongsi foto sedang berada di kuarters berkenaan yang sempat didiaminya semasa menjadi pegawai perubatan di laman sosial Facebook.

“Pada tahun 1956 saya ditugas sebagai Medical Officer, Langkawi.

“Ini kuarters yang saya tinggal selama 6 bulan di Jalan Ayer Hangat, Kuah.

“Di seberang jalan terletak hospital lama.

“Rekabentuk rumah ini masih kekal.

“Di jendela yang sama saya lihat perubahan Langkawi,” tulisnya.

Foto berkenaan mendapat lebih 8,000 tanda suka dan ratusan komen hanya beberapa minit selepas ia dimuatnaik. Rata-rata warganet mencadangkan kuarters berkenaan dibaik pulih kerana nilai sejarah dan estetika.

“Strukturnya cantik lagi. Kerajaan seharusnya membaik pulih kuarters sebegini kerana nilai sejarah dan estetika.”

“Tempat jatuh lagi di kenang ...ini kan pula tempat bermula segala-galanya .

“Boleh buat muzium kenangan Tun masa muda muda dulu.”

“Sayangnya, restore balik Tun M. Buat muzium untuk peringatan anak-anak muda nanti.”

Perkahwinan Tun Dr Mahathir dengan Tun Dr Siti Hasmah dikurniakan empat orang cahaya mata terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan iaitu Datin Paduka Marina, Mirzan Bin Mahathir, Tan Sri Mohzani dan Dato’ Seri Mukhriz.

Sumber: FB Tun Dr Mahathir Mohammad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca