Kamal Adli luang masa dengan anak lepaskan rindu, kehadiran ayah tiri Uqasha undang pujian. 'Naluri seorang bapa yang amat dihormati'
PELAKONKamal Adli meluangkan bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di sebuah taman permainan kanak-kanak menjadi perhatian warganet.
Menerusi di Instagram, Kamal meluahkan melalui momen bermakna dalam hidupnya bersama permata hati tercinta.
"Best day of my life!" titipnya ringkas.
Meluangkan masa berdua di dalam 'indoor playground', pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, kelihatan gembira melayani gelagat si kecil kesayangannya itu.

Warga maya yang mengikuti hantaran berkenaan rata-rata mengakui tumpang bahagia melihat kasih sayang yang dizahirkan serta kemesraan bapa dan anak itu.
Tidak kurang yang memuji keluarga Uqasha apabila bapa tirinya, Mohd Fariz Iskandar turut hadir dalam pertemuan berkenaan.

Ujar mereka;
"Anak perempuan memang manja dengan ayah. Luang masa masih kecil ini menyeronokkan dan berharga untuk dikenang."
"Masya-ALLAH. Alhamdulillah, lepas rindu anak dan ayahnya."
"Salute dan respect kepada bapa tiri bekas isterinya, memang ada naluri seorang bapa yang amat dihormati."
Sekadar info, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Syarie, Siti Noraini Mohd Ali pada 12 Januari lalu.
Uqasha terdahulu memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.
Untuk rekod, pasangan itu diijab kabul pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
