Bella Astillah akui sebak, hati luluh bila dengar permintaan Ayden — 'Mummy dah lama tak hantar ke sekolah'

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah baru-baru ini berkongsi hatinya terusik apabila menerima satu panggilan video daripada anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean, 9 tahun.

Dalam temu bual tersebut, Bella memberitahu anak sulungnya itu meminya ibunya menghantar ke sekolah.

Menurut pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, permintaan itu kedengaran kecil, tetapi cukup membuatkan dia terdiam kerana sudah lama tidak berbuat demikian kerana jadual kerja yang terlalu padat.

“Dia tanya, ‘Mummy, esok buat apa?’ Bila saya beritahu ada penggambaran, dia terus pujuk.

"Katanya dia nak saya hantar ke sekolah sebab dah lama tak hantar," ujar Bella.

Tanpa banyak berfikir, pelakon dan penyanyi itu mengakui dia terus sebak.

No Image Caption

Apatah lagi selama ini anak-anaknya tidak pernah mempersoalkan perkara tersebut, seolah-olah memahami rutin ibunya yang kerap keluar seawal pagi.

Pagi berkenaan, Bella sebenarnya perlu berada di lokasi penggambaran kempen bersama jenama selipar Fipper seawal jam 7 pagi di Janda Baik. Namun kali ini dia memilih untuk mendahulukan anak.

“Saya terus hubungi pengurus dan tanya boleh datang lewat sikit. Saya beritahu Ayden sangat berharap saya hantar dia.

"Syukur, pihak produksi memahami situasi saya walaupun terpaksa menunggu hampir dua jam," jelasnya lagi.

Bagi Bella, peluang menghantar anak sehingga ke dalam kelas bukan sekadar rutin pagi, tetapi momen yang terasa sangat mahal.

“Ia momen yang saya tak akan lupa. Saya sempat rakam sebagai kenangan,” katanya.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, pengalaman tersebut membuatkan dia sedar ada bahagian kecil dalam hidup anak-anak yang mungkin terlepas pandang kerana komitmen kerja.

No Image Caption

“Kita ingat mereka faham, tapi sebenarnya mereka cuma pendam. Saya janji akan bawa mereka berjalan-jalan selepas ini," ungkap Bella.

Dalam perkembangan lain, anak kelahiran Sabah kini tampil dengan lagu raya solo pertamanya berjudul Ya Raya yang boleh ditonton di YouTube bermula hari ini.

Katanya, lagu ciptaan Rudeen dan Exactesy itu membawa suasana ceria serta rasa syukur untuk meraikan kebersamaan keluarga, sesuatu yang kini lebih bermakna buat dirinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang