"Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan..."

A
A
A

"SAYA tahu kesan fitnahnya besar. Saya mohon maaf jika perbuatan saya mengambil gambar itu satu perkara yang memalukan dan mengaibkan."

Itu antara respon pendakwah bebas, Pencetus Ummah Amin (PU Amin) berkaitan gambar panas diapit dua orang wanita berpakaian seksi dalam sebuah majlis di hotel terkemuka di ibu negara pada malam Sabtu lalu.

Foto tersebut tular dan mendapat perhatian ramai kerana kedua-dua wanita tersebut tidak menutup aurat secara sempurna pada bulan Ramadan.

PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim dalam satu kenyatan di Facebook mengatakan niatnya hadir ke majlis tersebut adalah untuk menyebarkan dakwah dan menyempurnakan tugasnya secara bersemuka.

"Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fitnahnya besar tetapi kalau bukan waktu itu, bila lagi hendak tazkirah secara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini.

"Saya mohon maaf jika perbuatan saya mengambil gambar itu satu perkara yang memalukan dan mengaibkan," tulisnya.

Menurutnya, beliau yang berusia 31 tahun itu tidak menyangka foto berkenaan ditularkan oleh pihak penganjur selepas majlis berakhir.

"Selepas berbuka puasa, saya terus menunaikan solat Maghrib namun, selepas itu saya memang bergegas nak pulang sebab bertugas di masjid berdekatan.

"Penganjur minta nak bergambar. Saya raikan, kerana mahu segera untuk pulang namun, tidak sangka pihak penganjur tularkan foto tersebut tanpa mengetahui tujuannya.

"Akhirnya teruk saya dihentam, difitnah dan dicaci maki pada hari ini. Ramadan baru dalam fasa pertama, namun ujian berat bagi saya," ujar beliau.

PU Amin

Namun begitu, bekas peserta program Pencetus Ummah 2015 juga tetap melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang menghina dan menyebarkan fitnah.

"Saya biasa ambil gambar dengan banduan, penagih dadah, mat rempit, pelacur selepas program dakwah cuma kali ini tular dan dikongsikan secara ramai oleh semua pihak.

"Cuma ingatlah, kerana sikap kita yang suka menghina ahli maksiat, itulah punca ahli maksiat makin jauh dengan agama.

"Runding baiklah dengan mereka agar mereka dapat meninggalkan kemungkaran dan menghidupkan cinta pada Allah SWT dan Rasul," katanya.

Selain itu, pendakwah selebriti kelahiran Perak itu juga telah meminta wanita berkenaan untuk memadam foto tersebut.

"Saya sudah minta dia padamkan foto tersebut sejak semalam tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukannya," ujarnya.

Hasil pemerhatian, wanita berkenaan masih belum memadam foto tersebut meskipun dihentam teruk.

Namun dia juga turut meminta maaf dalam Instagramnya kerana foto tersebut telah mengundang fitnah ramai.

"Maaf atas fitnah. Niat panggil PU untuk meriahkan suasana, tidak sangka pula viral," tulisnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca