'Inilah rumah baru Ibu & Abi.' Sebaknya! Video Abdullah lawat pusara 6 sekeluarga runtun jiwa netizen

A
A
A

HILANG enam insan tersayang sekelip mata, satu-satunya mangsa terselamat dalam kemalangan maut di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan awal September lalu, Abdullah Amir Ruddin, 15, akhirnya mengunjungi pusara ibu, abi dan adik-beradik lain yang terkorban.

Genap dua bulan pemergian Amir Ruddin Ismail, 46, dan isteri, Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat cahaya mata, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, anak ketiga keluarga itu akhirnya dibawa 'bertemu' insan-insan yang disayangi di 'rumah baharu.'

Pertemuan pilu dua alam berbeza itu dikongsikan ibu saudara, Nora Hila di Tik Tok.

Video yang dimuat naik akaun @rahilanoor, Abdullah itu memaparkan Abdullah menangis teresak-esak tiba di tanah perkuburan.

Baca juga: Abdullah sudah tahu ahli keluarga maut, aksi dua beradik lihat foto arwah ibu buat ramai sebak

“Ini rumah baru Ibu dengan Abi, Awi, Kak Fatimah, Seri, Rufaidah,” tutur Abdullah dengan air mata yang bercucuran di Tanah Perkuburan Islam Parit Limbong, Muar Johor.

Dalam kunjungan jam 5 petang itu, Abdullah melepaskan rindu kepada enam ahli keluarganya itu dikebumikan dalam satu liang lahad.

Selain ibu saudara, kehadiran remaja itu turut ditemani bapa saudara, Mohd Khairul, Abdurrahman dan ahli keluarga yang membantu menenangkannya.

Dalam perkembangan terbaru, Nora Hila memaklumkan Abdullah sudah mampu berjalan menggunakan alat bantuan berjalan.

Berita pilu pemergian ahli keluarga tersebut sebelum ini dirahsiakan daripada Abdullah kerana keadaannya yang masih tidak stabil.

Baca juga: Al-Quran milik adik perempuan dipulangkan kepada Abdul Rahman, selitan nota ibu buat ramai sebak

Remaja itu terdahulu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, usus dan paru-paru hingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Segamat.

Hanya beberapa hari lalu, kematian insan tersayang dimaklumkan kepada pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Bukit Gambir itu.

Warga maya mendoakan agar Abdullah tabah dan kesihatannya bertambah baik.

- "Ya ALLAH sedihnya tengok Adik Dollah baru jumpa ibu, abi, kakak dan adik-adik. Terima kasih Mak Ila. Pak Long. Cikgu Yati dan Tokma yang jaga anak-anak yatim ini dengan baik."

- "Sebelum ini dia kuat, sampai di tempat ahli keluarga dikebumikan Abdullah menangis. Menangislah, lepaskan kesedihan yang lama dipendam."

- "Pedih hati Abdullah tidak terucap, moga ALLAH permudahkan urusan dan merahmati anak-anak ini."

- "Kamu kuat dik. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Kepada ahli keluarga yang menjaga anak yatim ini, semoga ALLAH membalas jasa baik."

Baca juga: Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah

Mereka sekeluarga dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.

Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdul Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.

Semoga Abdullah dan Abdul Rahman terus kuat, sama-sama kita doakan.

Sumber: @rahilanoor,rahmanlah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca