Inspirasi! Nurfatihah ‘fast track PHD' bidang ‘vaccinology’ kini bergelar saintis muda

A
A
A

NURFATIHAH Zulkifli, saintis muda yang menjadi inspirasi. Sedang menggapai cita-cita dalam bidang  bidang ‘vaccinology’, ini kisah beliau.

Menjadikan keluarga santis Curie, iaitu Pierre, Marie dan Irène Curie yang juga penerima Hadiah Nobel pada tahun 1903 dan 1935 sebagai inspirasi, Nurfatihah kini sedang meneruskan pengajian di peringkat tertinggi iaitu peringkat ijazah kedoktoran (PhD).

“Dialah antara idola saya dalam bidang sains. Dan kini saya hampir merealisasi impian saya sejak kecil untuk menjadi seorang saintis sepertinya,” katanya.

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Nurfatihah merupakan graduan ijazah sarjana muda dari Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) pada tahun 2019. Semasa bekerja sebagai pembantu penyelidik seusai pengajiannya, cintanya kepada bidang penyelidikan semakin mekar.

Baca juga: Inspirasi! Dr Izazi terima PhD pada usia 29 tahun kini pensyarah di Korea Selatan

Berkat galakan daripada penyelia, penyelidik virologi terkenal Prof Dr Sazaly Abu Bakar, minat Nurfatihah timbul untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi melalui laluan ‘fast track PhD’.

Menjalankan penyelidikan di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC ), Nurfatihah menerangkan bidangnya dikenali sebagai ‘vaccinology’.

Buat masa ini, beliau dan rakan penyelidik lain sedang berusaha membangunkan platform baharu pembangunan vaksin masa hadapan.

Baca juga: Gigih delivery 12 jam sehari, siapkan tesis, rider akhirnya bergelar doktor, raih PhD

“Mungkin kita sudah biasa mendengar vaksin berasaskan mRNA dan bakteria tidak aktif semasa pembangunan vaksin COVID-19 dahulu, bukan? Apa yang kami bangunkan adalah sesuatu yang berbeza,” terang alumni SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara itu dengan panjang lebar.

Untuk rekod, laluan ‘fast track PhD’ merupakan sebuah skim kemasukan khas untuk graduan UM yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dengan kelulusan kelas pertama (Purata Nilai Gred Kumulatif melebihi 3.70).

Jika  berminat untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi, mereka dibenarkan untuk mendaftar di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) tanpa perlu menyiapkan ijazah sarjana (Masters) terlebih dahulu.

Baca juga: Soo Wincci : Korban cinta demi Doktor

 

Tidak hanya cemerlang di peringkat sarjana muda, lebih membanggakan lagi anak ketiga daripada lima adik-beradik itu juga merupakan salah seorang penerima Hadiah Biasiswa SPB Yang Dipertuan Agong bagi meneruskan pengajiannya di peringkat PhD, bermula Oktober 2022.

Malah Nurfatihah merupakan satu-satunya terpilih sebagai penerima biasiswa tersebut di universiti itu untuk pada tahun ini.

Semasa fotonya dirakam, beliau sempat sambil menunjukkan pin lencana yang dipakainya. Di atasnya bertulis:

‘Who wants to be a princess, when you can be a scientist’ yang membawa maksud ‘MENGAPA INGIN menjadi puteri apabila anda boleh menjadi seorang saintis’.

Kisah Nurfatihah ini cukup memberikan inspirasi dan semangat. Justeru wanita, sentiasa majukan diri dalam apa juga bidang yang kalian diceburi. Jadikan mencari ilmu fokus utama dan gapailah ilmu tanpa mengira usia.

Baca juga: Anak genggam sarjana sains pada usia 27 tahun, Rahmad Mega buat kejutan menyanyi di pentas

Sumber: Universiti Malaya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca