HANYA beberapa hari lagi Tengku Nurhanira Tengku Othman bakal bersalin anak sulungnya.

Namun, wanita berusia 27 tahun itu dilihat masih kekal aktif berniaga demi meluaskan empayar perniagaannya dengan jenama NIMS ADELICIOUSZ.

Dengan nada bersemangat, Tengku Nurhanira berkata, beliau kini sedang giat untuk merealisasikan sasaran untuk mendapatkan 500 ejen pada tahun ini.

Ketika wawancara dijalankan baru-baru ini, beliau berkata, dirinya juga masih ligat melatih usahawan muda di seluruh negara untuk berbisnes dengan bijak dan berstrategi.

“Sesungguhnya, kehamilan anak sulung ini memberi pengalaman luar biasa kepada saya. Anak dalam kandungan ini seolah-olah faham tentang minat ibunya yang sibuk ke sana ke sini hadiri taklimat, mesyuarat selain merekrut ejen NIMS ADELICIOUSZ.

Tengku Nurhanira Tengku Othman

“Kalau boleh, sebelum saya berpantang nanti, apa yang diusahakan dapat dijayakan termasuk mengembangkan lagi prospek pasaran ke Brunei,” ujar anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang dijadualkan bersalin pada 18 Mac depan.

Sebelum mengajukan soalan lanjut, SinarPlus bertanyakan kepadanya tentang bagaimana beliau mula melibatkan diri dengan jenama NIMS ADELICIOUSZ?

Tidak memerlukan masa yang lama, beliau berkata, segalanya bermula pada tahun 2014 ketika beliau masih menjadi penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Artikal berkaitan: Mampu miliki rumah dan kereta mewah, pemuda 26 tahun ini kongsi rahsia kejayaan bersama NIMS ADELICIOUSZ

“Sebelum itu, ikut kakak (Tengku Norhanim yang merupakan pengasas NIMS ADELICIOUSZ) berjumpa ejen dan stokis di Johor, Terengganu dan Kelantan. Sedikit demi sedikit, saya belajar bagaimana teknik pemasaran produk.

“Semasa menuntut di UiTM Kampus Kuala Terengganu, saya mula berniaga dengan mengetuk setiap pintu bilik asrama untuk jual produk keluaran kakak kepada kawan-kawan,” ceritanya.

Tengku Nurhanira Tengku Othman

Momentum sama diteruskan ketika melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Puncak Alam, Selangor.

“Alhamdulillah, dengan hasil jualan produk NIMS ADELICIOUSZ, saya boleh menyara diri sendiri dan beli apa yang diinginkan. Memang agak penat berulang alik ke Kelana Jaya dan Puncak Alam untuk tambah stok, tetapi saya puas,” katanya.

Lebih membanggakan, dalam tempoh dua tahun (2015 hingga 2017), anak ketiga daripada lapan beradik itu sudah melatih lebih kurang 100 ejen termasuk di kawasan Puncak Alam.

Beli rumah tunai

Rezeki Tengku Nurhanira semakin melimpah-ruah. Masakan tidak, ujar bakal ibu itu, dengan NIMS ADELICIOUSZ, beliau mampu membeli rumah kedua secara tunai.

“Bermula daripada rumah jenis pangsapuri, kini saya sudah mampu menetap di rumah dua tingkat. Hutang kereta pun sudah habis bayar dan merancang untuk menambah satu lagi kenderaan idaman. Kini, saya mahu kongsi rezeki pula dengan semua orang agar kita sama-sama menjana pendapatan mencecah lima angka,” tuturnya yang sudah berada di posisi Master Leader.

Mengulas lanjut, wanita beriltizam tinggi itu berkata, beliau juga sedang dalam usaha melantik 50 Master Leader lagi pada tahun ini.

Tengku Nurhanira Tengku Othman

Iklan

“Saya sedang berusaha untuk ‘naikkan’ 50 leader lagi, status leader bukannya mudah. Apabila sudah mencapainya, rata-rata mereka mampu mencapai pendapatan lima angka lebih-lebih lagi produk NIMS ADELICIOUSZ sudah menembusi luar negara seperti di Filipina dan Indonesia.

“Apa yang lebih menggembirakan, produk ini juga berjaya mencapai pengiktirafan di peringkat global. Saya percaya, rasa enak dengan sentuhan kasih sayang dalam setiap tub mampu menawan hati pengguna antarabangsa,” katanya.

Artikal berkaitan: Rezeki tidak terduga Umi, mampu raih RM30,000 sebulan hasil jualan produk NIMS ADELICIOUSZ

Sehubungan itu, Tengku Nurhanira mengajak orang ramai menyertai pasukan NIMS ADELICIOUSZ dengan mendaftar secara sah.

“Sekarang kami memiliki 8,300 ahli di seluruh negara dan insya-ALLAH tidak mustahil jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebagai tambah nilai, selain pembukaan outlet baharu di Setapak, Kuala Lumpur, NIMS ADELICIOUSZ juga bakal mewujudkan kafe.

Iklan

Tengku Nurhanira Tengku Othman

Berkenaan dengan Peraduan PKPNimsXSinar, ahli perniagaan berkenaan menyarankan kepada semua pembaca Sinar Harian agar tidak melepaskan peluang menyertainya.

“Jom sertainya beramai-ramai, hadiah yang ditawarkan memang cukup lumayan,” katanya.

Peraduan PKPNimsXSinar dilangsungkan adalah bersempena dengan pelancaran produk edisi istimewa, Siri Pelangi dan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia jenama itu.

Artikal berkaitan: Tiga usahawan muda jana pendapatan RM100,000 dalam tempoh 14 bulan, ini rahsianya

Pembaca Sinar Harian antara lain berpeluang merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM150,550. Pemenang kategori hadiah utama akan ditentukan berdasarkan cabutan bertuah.

Kepada para pembaca yang berminat menyertai peraduan ini, anda diminta sentiasa peka dengan perkembangan NIMS di Sinar Harian dan di platform media sosial akhbar ini setiap hari. Peraduan akan berakhir pada 14 April depan.