KEMALANGAN terlanggar lubang ketika berbasikal yang menimpa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar semakin hangat diperkatakan sejak semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat juga tampil mohon maaf melalui posting di Twitter kepada Khairy Jamaluddin atau juga mesra di sapa KJ susulan kemalangan itu.

Tweet balas tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet sehingga ada yang menyifatkan pihak terbabit mengamalkan double standard dalam menangani kes insiden jalan berlubang.

Artikel berkaitan : KJ kemalangan, terhumban ke dalam parit gara-gara elak lubang

Namun, belum lagi reda kenyataan maaf yang dibuat pihak JKR, timbul pula satu posting di Twitter yang menyatakan pembuat basikal premium Itali @Pinarello_UK juga dikatakan memohon maaf kepada KJ dan menawarkan penggantian penuh basikal beliau yang dianggar bernilai lebih RM45,000.

Disebabkan oleh posting tersebut, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @cikNils juga memberi respon yang menyatakan basikal yang ditunggang KJ mirip milik suaminya namun, dia baru tahu ia berharga lebih RM45,000.

“Baru perasan basikal sama.. suami tak cakap pun harga RM45k,” tulisnya ringkas.

Posting yang dimuat naik wanita tersebut kini tular sejak semalam sehingga mendapat lebih 13,000 ulang kicau malahan turut juga tular di Facebook dan juga Instagram.

Apa yang menarik warganet sangat sporting! Mereka membalas komen di posting tersebut dengan berpihak kepada suami wanita itu dengan pelbagai alasan diberi untuk menidakkan kenyataan harga basikal yang dibeli oleh suaminya.

Isteri baru tahu basikal suami berharga RM45,000 sama seperti kepunyaan KJ! Warganet terus ‘buat kerja’

Iklan

Ada yang memberi komen ia tidak sama dengan basikal kepunyaan KJ sehingga ada yang mendakwa suaminya ‘Copy Ori’ hanya menggunakan pelekat untuk ia kelihatan serupa dengan basikal KJ.

Itu baru betul semangat ‘brotherhood’! Satu demi satu komen memberi kata semangat dan pencerahan kepada wanita tersebut walaupun hakikatnya basikal yang dibeli oleh suaminya memang sama dengan kepunyaan KJ jika dilihat dengan pandangan mata kasar.

Itu baru betul semangat ‘brotherhood’!Itu baru betul semangat ‘brotherhood’!Itu baru betul semangat ‘brotherhood’!

Iklan

Tindakan warganet bertujuan agar tiada pertelingkahan berlaku antara pasangan suami isteri tersebut dan mungkin dapat diselesaikan dengan cara baik jika.

Namun, hari ini wanita tersebut memuat naik ciapan terkini di Twitter dan mohon untuk berhenti memberi komen mungkin dia telah menemui jawapannya tersendiri.

“Ok dah dah la tu. Tak ada sesiapa yang tercedera sepanjang Tweet saya ni viral. Basikal harga (dirahsiakan) pun masih elok dijaga.

“Ahli kelab lelaki-lelaki mithali dah boleh bersurai sekarang,” tulisnya beberapa jam yang lalu.