BARU-BARU ini, pelajar sekolah menengah dikenali sebagai Ain membuat pendedahan mengenai jenaka rogol oleh seorang guru lelaki di sekolahnya.

Ternyata perkara itu mengejutkan warga maya khususnya golongan ibu bapa yang menzahirkan kebimbangan sekiranya anak perempuan mereka berdepan situasi serupa.

Dakwaan Ain yang dibuat menerusi aplikasi TikTok bukan sahaja menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat, bahkan termasuk pemimpin negara hingga wujudnya tanda pagar, #MakeSchoolASaferPlace secara meluas.

Meskipun tindakan Ain atau nama sebenarnya Ain Husniza disifatkan murni, namun terdapat segelintir individu mengecam dan kurang senang dengan tindakannya.

Situasi bertambah hangat apabila kelmarin, bapa beliau, Saiful Nizam berkongsi tangkap layar
komen netizen yang menghina anaknya menerusi laman sosial Facebook.

Guru lawak rogol undang amarah ramai! Mohon ambil tindakan segera

Komen terbabit dikatakan merujuk pada satu poster dimuat naik oleh Saiful Nizam yang mempromosikan program Facebook Live bertajuk “Speak Up” anjuran Pusat Pembelajaran Khadijah.

Dalam poster berkenaan memaparkan foto Ain Husniza menyarungkan selendang bersama ibunya, Niza Sharifudin.

Gara-gara memuat naik poster program, seorang pengguna Facebook menggunakan nama akaun Aimanaizad Sarimahmohammednor menulis komen: “Hipokritnya anak setan pakai tudung. Ajarlah anak kurang ajar.”

Komen negatif itu secara tidak langsung mencetuskan amarah ramai dek bahasa yang digunakan disifatkan biadab. Lebih mengecewakan pemilik akaun terbabit dipercayai seorang pengetua sekolah.

Pun begitu, bagi meredakan situasi beberapa pengguna Facebook menyatakan komen sedemikian ditulis oleh anak lelaki Sarimah yang menghidap autisme.

Menurut warga maya menggunakan akaun Chyinta Arissa Adrina, adalah mustahil komen itu ditulis Sarimah. Ini disebabkan pengetua berkenaan dikatakan telah memanggil guru-guru di sekolah supaya menjaga perilaku selepas isu dibangkitkan oleh Ain Husniza.

Padah si perogol,'anu' putus digigit mangsa

Malah, seorang lagi pengguna bernama Farah Wahidah pula menulis, komen itu mungkin dibuat oleh anak lelaki pengetua, Aiman berumur 25 tahun yang autistik tanpa pengetahuan ibunya.

Iklan

Menurutnya, suami Sarimah meninggal dunia tiga minggu lalu dan pengetua itu sedang menghidap kanser.

Bagaimanapun, kedua-dua komen berkenaan telah dipadamkan termasuk akaun Aimanaizad
Sarimahmohammednor dinyah aktif setelah menerima kecaman teruk warganet.

Dalam perkembangan berkaitan, isu itu turut mendapat Adun dan Ahli Parlimen di Selangor.

Artikel berkaitan: Guru lawak rogol undang amarah ramai! Mohon ambil tindakan segera

Iklan

Portal tempatan melaporkan, wakil rakyat menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil
tindakan tegas tatatertib terhadap pengetua terbabit sekiranya didapati menulis komen
negatif tersebut.

Sementara itu, Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong turut berkongsi kata-kata positif buat Ain Husniza.

“Just like when I was trying to #makesportasaferplace , I was being called DIVA, with double meaning.

“Dear Ain, I strongly advice you to stay alert as you might get sabotaged if you are not careful. However keep speaking up for our future!” tulis beliau ringkas dalam ciapan di Twitter baru-baru ini.

Selain itu, pelajar terbabit turut mendedahkan telah mendapat surat amaran kerana tidak hadir ke sekolah dan boleh dibuang sekiranya gagal memberi sebab.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlaku lagi pada masa hadapan.