Kagum semangat juara, kanak-kanak kudung kaki Muhammad Aqil dibawa bertemu pakar prostetik

A
A
A

Kagum semangat juara, kanak-kanak kudung kaki Muhammad Aqil dibawa bertemu pakar prostetik

BARU-BARU ini tular kisah Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, berjaya sampai ke garisan penamat dalam perlumbaan 100 meter (m) dengan menggunakan tongkat dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas di Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023.

Kisah kanak-kanak itu membuatkan ramai kagum melihat semangatnya untuk bergelar juara termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dalam perkembangan terbaru, menyanjungi usaha murid 11 tahun itu, Hannah memberi komitmen akan berusaha melakukan yang terbaik di pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membantu Muhammad Aqil, termasuk dalam menyertai lebih banyak aktiviti sukan pada masa akan datang.

Baca juga Wanita kembali memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan, 5 info mengenai Hannah Yeoh 

Kredit foto: FB Hannah Yeoh

 

Malah, menurutnya, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) telah membuat persiapan untuk bertemu dengan pakar prostetik minggu ini bersama keluarga Muhammad Aqil.

"Saya telah melihat usaha adik Muhammad Aqil menamatkan lariannya. Ini adalah mentaliti seorang juara.

"Tiada alasan untuk tidak bertanding. Tiada alasan untuk tidak bersaing dalam perlumbaannya dan beliau telah membuktikannya dan melakukan yang terbaik dengan keadaannya.

Baca juga ‘Lancar kalah pemberita’, Hannah Yeoh tampil baca berita tunai impian sejak kecil

"Adik Muhammad Aqil mempunyai pemikiran seorang juara. Ini adalah mentaliti yang diperlukan, seperti yang diterapkan dalam inisiatif Road to Gold.

"Saya menghargai usaha dan menyanjungi adik Muhammad Aqil," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhammad Aqil yang merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh (PPI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lepar Utara 1, Pahang itu kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca