KAK LONG, pejuang kanser rahim sering muncul di laman sosial TikTok bersama rakan, Kay Rashid yang setia menjaga. Keakraban kedua-dua sahabat itu menyentuh hati ramai hingga meraih ribuan likes.

Bagi yang mengikuti perjalanan Kak Long atau nama penuhnya Wan Marziah Mohamed Rejab, 40, wanita itu kini sudah kembali kepada Maha Pencipta.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya di Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 9.30 pagi, 2 Februari 2023. Berita duka itu dikongsikan Kay menerusi laman sosial TikTok.

Baca juga: Bukan lagi wanita menopaus, kaum hawa bawah umur 50 tahun dikesan hidap kanser rahim. Ini punca-puncanya

“Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Wan Marziah Binti Mohamed Rejab atau Kak Long. Semoga Kak Long tenang disana. Kak Long the real fighter. Pesakit kanser dinding rahim stage akhir,” kongsi Kay.

Kay menerusi hantaran lain berkongsi saat-saat akhir sahabatnya itu. Sempat menelefon pihak perubatan untuk mengesahkan kematian, jurulatih kecergasan itu turut sempat memandikan jenazah Kak Long.

“Saya reda, terima kasih ALLAH pinjamkan insan yang sangat baik untuk empat tahun ini. 

“Bersyukur, ada dengan Kak Long dari sihat sehingga  dijemput ILAHI. Saya ada dengan Kak Long masa tengah tenat dan menghembuskan nafas yang terakhir. Rasa baru sangat Kay uruskan Kak Long, cium dahi, angkat, suap makan ubat, tampal Fentanyl patch dekat kaki, lap badan, tukar lampin.

“Semoga Kak Long tenang disana. Sudah lama Kak Long menanggung kesakitan. Kak Long tak pernah merungut. Kak Long pergi pun dalam keadaan meniti kalimah Lailahaillallah di bibir. Masya-ALLAH,” kongsi Kay.

Baca juga: 9 bulan derita kanser serviks tahap 4, wanita kongsi tanda, rawatan pulih curi perhatian

Menerusi story, dikongskan jenazah Allahyarham dimandikan dan dikebumikan di tanah perkuburan Surau Al-Munawwarah, Bandar Putera Klang.

Kay yang menjaga Allahyarham Kak Long selepas wanita itu disahkan menghidap kanser pada 2021 sering berkongsi info berkaitan kanser dan perjalanan rawatan kanser di laman sosial itu.

Warga maya yang mengikuti perjalanan rawatan Kak Long menzahirkan rasa sedih atas pemergian wanita itu. Rata-rata menitipkan doa agar rohnya dicucuri rahmat. Ujar mereka:

-“Terharu dengan persahabatan Kay dan Kak Long. Tersentuh hati. Moga saya ada juga sahabat macam ni.”

-”Al-Fatihah buat arwah Kak Long. Semoga rohnya tenang di alam baru.”

-“Rindu yang tiada ubatnya. Sabarlah Kay, doakan yang terbaik buat Kak Long.”

-“Salam takziah buat Kay dan keluarga Kak Long.”

Salam takziah buat Kay dan Kak Long sekeluarga daripada SinarPlus. Semoga rohnya dicucuri rahmat, al-Fatihah.

Baca juga: Tak sangka poligami punca risiko kanser pangkal rahim. Suami ambil perhatian, jangan tuding jari pada isteri sahaja

INFO KANSER DINDING RAHIM

1-Kanser dinding rahim atau endometrium bermula dalam sel yang membentuk lapisan dalam rahim.

2-Ia biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang dan kerap berlaku kepada wanita yang telah melalui menopaus.

3-Ia boleh dirawat apabila ditemui lebih awal.

4-Siapakah yang berisiko mendapat kanser endometrium?

-Penghidap diabetes mellitus

-Diet tinggi lemak haiwan

-Tidak aktif secara fizikal

-Sejarah keluarga kanser endometrium

-Sejarah keluarga kanser kolon, payudara atau ovari

-Terapi radiasi yang lalu ke pelvis

-Pernah mengalami hiperplasia endometrium atipikal atau penebalan dinding rahim tanpa kawalan

-Wanita berusia


Baca juga: Tahap kanser ovari hanya diketahui selepas jalani pembedahan. Wanita kena peka dengan simptom!

Iklan

5-Kebanyakan faktor risiko yang dikaitkan dengan kanser endometrium ialah terlalu banyak pendedahan kepada hormon estrogen.

Faktor risiko yang boleh menjejaskan keseimbangan hormon ini dan boleh meningkatkan risiko anda untuk kanser endometrium termasuk:

-Obesiti

-Menopaus lewat

-Haid sebelum umur 12 tahun

-Ketidakupayaan untuk hamil

-Tidak melahirkan anak

-Penggunaan terapi penggantian estrogen (ERT) untuk merawat gejala menopaus

-Sejarah sindrom ovari polikistik (PCOS)

Pernah mempunyai tumor ovari yang menghasilkan estrogen

6-Gejala utama kanser endometrium ialah pendarahan faraj yang luar biasa dan faktor lain seperti berikut:

-Perubahan kepada kitaran haid iaitu pendarahan yang sangat lama atau banyak

Iklan

-Pendarahan antara haid

-Sebarang pendarahan faraj selepas menopaus

-Keputihan tidak berdarah

-Sakit ketika membuang air kecil

-Sakit semasa hubungan intim

-Sakit, tekanan atau rasa ada benjolan di kawasan pelvis atau perut bawah

-Turun berat badan tanpa sebab

Jika anda mengalami simptom di atas, jangan berlengah mendapatkan nasihat daripada pakar sakit puan untuk rawatan dan ujian pengesanan awal.

Baca juga: Ibu tak sanggup dengar tangisan anak kecilnya jalani rawatan kemoterapi akibat kanser darah

Sumber: Iamkayrashid, USC San Diego Health 1, 2 , 3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi