KETIKA SinarPlus menghubungi Siti Kholijah Omar untuk bertanyakan tentang puterinya yang menderita kanser darah, wanita tersebut terus menangis.

Barangkali berat untuknya mengimbau kembali momen Nur Annasya Izzara Mohd Zaid, 3, atau manja dipanggil Izzara yang menghidap penyakit berbahaya itu.

Cubaan menenangkannya berjaya dan dengan perlahan-lahan beliau bercerita.

Kata Siti Kholijah, semuanya bermula pada Disember dua tahun lalu apabila anak sulungnya kerap demam dan hidungnya keluar lendir berdarah.

Rawatan di klinik tidak berhasil. Dari semasa ke semasa, tubuh badan kanak-kanak berusia tiga tahun itu semakin tidak bermaya dan timbul tompok lebam yang semakin banyak pada bahagian paha, lengan termasuk sekitar mata.

“Saya risau melihat keadaan Izzara. Saya sudah terdetik bahawa demam yang dialaminya bukan jenis biasa.

“Ketika dibawa ke klinik pakar kanak-kanak, doktor terus minta saya membawa Izzara ke hospital untuk pemeriksaan darah,“ katanya yang menyewa rumah di Sungai Ular, Kulim, Kedah.

meraung sakit kanser

Apabila si kecil itu dirujuk ke Hospital Kulim untuk mendapatkan pengesahan lanjut, pakar memaklumkan bahawa sel darah putih Izzara lebih banyak berbanding kapasiti biasa.

Kemudian, anak sulung daripada dua beradik tersebut diminta pula ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan kanser secepat mungkin.

“Bila doktor sebut kanser, saya memang terkejut besar, lemah semua otot. Terus terang saya katakan, pada masa itu saya susah nak terima hakikat Izzara yang masih kecil ada kanser,“ ujarnya.

meraung sakit kanser

Sama seperti pesakit lain, Izzara juga perlu menempuh pelbagai prosedur termasuk ujian darah dan air sumsum tulang.

Luluh hati Siti Kholijah saat melihat anak sulungnya kelihatan lemah dan hilang selera makan ketika rawatan dilakukan. Izzara juga berdepan masalah cirit-birit yang teruk selepas menjalani terapi induksi untuk membunuh sel kanser.

Keadaan lebih memburuk apabila si comel itu dijangkiti wabak Covid-19 sehingga semua rawatan termasuk kemoterapi terpaksa ditangguhkan selama dua minggu.

meraung sakit kanser

“Bukan sahaja Izzara, saya pun dijangkiti virus sama sepanjang berada di wad. Namun, nasib baiklah dia tak teruk sangat dan masih boleh bermain,“ katanya.

Pembedahan sum-sum tulang

Beritahu wanita berusia 35 tahun itu, rawatan kemoterapi yang pada mulanya disangka mampu membunuh sel kanser tidak memberi kesan sehinggakan doktor terpaksa menaikkan dos yang lebih tinggi.

“Memang teruk keadaan Izzara masa itu sebab badannya tak dapat tahan dos yang tinggi. Asyik terbaring lemah, tidak mahu makan dan mengalami cirit-birit berpanjangan. Rambut pun semakin gugur.

meraung sakit kanser

“Lagi sedih bila dia meraung setiap kali dibawa ke bilik rawatan kerana tahu proses mengambil air daripada sumsum tulang sangat menyakitkan. Raungan Izzara memilukan hati saya. Sebab itu setiap kali proses berkenaan dilaksanakan, Izzara terpaksa ditidurkan,“ katanya.

Baca juga Boleh pergi pada bila-bila masa, kanser otak adik Nur Umairah kini pada tahap akhir

Seperti yang dikatakan Siti Kholijah, proses pemindahan sumsum tulang menjadi opsyen terakhir untuk rawatan lebih berkesan buat Izzara.

Iklan

Pun demikian, sebaik sahaja ujian dibuat ke atas adiknya, malangnya sel stem si cilik itu tidak sesuai. Justeru, pembedahan ditangguhkan.

meraung sakit kanser

“Sekarang ini, Izzara sudah melalui enam kitaran kemoterapi dan sedang melalui proses terapi berterusan (maintenance therapy) dengan tiga jenis ubat yang perlu diambil setiap hari,“ katanya.

Baca juga Baru berusia 3 tahun, Abang terpaksa jalani kemoterapi kerana kanser perut

Menjawab satu pertanyaan, suri rumah itu berkata, ahli keluarganya mempunyai sejarah kanser usus. Namun, beliau tidak dapat memberi kepastian sama ada faktor genetik atau pemakanan yang menjadi punca barah itu terjadi.

“Izzara antara yang mewarisinya dan saya penuh harapan hal yang sama tak terjadi kepada anak bongsu saya yang kini berusia sembilan tahun.

meraung sakit kanser

Iklan

“Hanya ALLAH sahajalah tempat saya berdoa setiap malam supaya semuanya dijauhkan. Pada masa sama, saya sangat berharap Izzara segera sembuh,“ luahnya.

Mengenangkan kos berulang-alik ke hospital setiap bulan ditambah dengan keperluan khas Izzara membuatkan suri hati kepada Mohd Zaid Mohd Hashim, 35, semakin buntu.

Pendapatan suami tersayang sebagai operator kilang memang tidak cukup untuk menanggung kos perubatan anaknya. Perbelanjaan harian hanya ala kadar.

Baca juga ‘Hidup Abang Long tak lama dah’. Luahan pilu kanak-kanak kanser darah bikin ibunya sebak

“Bukan mahu meminta-minta, cuma jika ada pihak yang sudi bantu meringankan beban kami, syukur alhamdulillah. Sekurang-kurangnya keperluan Izzara seperti stok susu khas dan ubat tidak terputus,“ tuturnya penuh pilu.

Kepada orang ramai yang ingin membantu memberikan keceriaan kepada Izzara sekeluarga, sumbangan dana boleh disalurkan terus ke akaun CIMB 7064520494 atas nama Siti Kholijah Binti Omar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi