"Kami bacakan ayat Ruqyah, bawa berwuduk dan beri minum segelas air"

A
A
A

SETIAP yang pernah kecewa pastinya tahu. Bukan senang melupakan sakitnya putus cinta. Orang di sekeliling dengan mudah bercakap 'move on'.

Ada yang terpaksa memutuskan hubungan meskipun perasaan sayang itu masih wujud terhadap pasangan yang dicintai.

Seperti yang terjadi ini. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam digemparkan dengan tindakan seorang pemuda yang dipercayai mengalami tekanan jiwa akibat putus

cinta selepas lelaki berkenaan meluru ke ruang majlis akad nikah.

Jawi dalam kemas kini di laman Twitter rasminya memaklumkan, lelaki berkenaan yang tidak berkasut secara tiba-tiba duduk di pelamin sambil berzikir dan mengaji dengan kuat.

"Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta.

"Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di Jawi pagi ini (semalam), terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

"Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta,"  tulis Jawi dalam perkongsian tersebut.

Menerusi kemas kini tersebut, Jawi turut berkongsi sekeping gambar memaparkan dua pengawal keselamatan dipercayai sedang memujuk lelaki berkenaan.

Jawi dalam entri berkenaan turut mendoakan agar lelaki berkenaan diberikan kesembuhan dan kemudahan untuk menghadapi ujian berat dalam hidupnya itu.

Sementara itu, Jawi turut memaklumkan tindakan petugas mereka berhadapan pemuda tersebut.

"Kami kemudian membacakan ayat-ayat Ruqyah dan membawa dia berwuduk dan memberi minum segelas air.

"Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semoga pemuda tersebut terus kuat dan cekal. InsyaAllah, Allah tidak menguji di luar kemampuan hambanya," katanya.

Baca juga Pandemik buat wanita ini tersedar, hubungan kekeluargaan lebih kukuh

Setakat ini, kemas kini tersebut mendapat twit semula lebih 6,000 pengguna media sosial.

Rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati dan berharap lelaki berkenaan tabah mengharungi dugaan kehidupan.

Ayuh, sama-sama kita doakan beliau supaya ditemukan jodoh yang lebih baik. Segala yang berlaku ada hikmahnya.

Bagi korang yang berdepan dengan situasi ini, ketahuilah bahawa perasaan sakit akibat putus cinta ini tidak akan kekal lama.

Walaupun perasaan putus cinta ini diibaratkan sebagai luka yang dalam, namun ia dapat diiubati dengan masa, penjagaan diri sendiri dan melihatnya dari sudut positif.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca