Kasih isteri, tak mahu dibawa arus banjir, wanita tarik mayat suami sendirian sejauh 200 meter

A
A
A

Kasih isteri, tak mahu dibawa arus banjir, wanita tarik mayat suami sendirian sejauh 200 meter

SEBUAH kisah meruntun hati tular di media sosial di mana seorang wanita memberanikan diri menarik mayat suaminya kemudian meredah banjir sejauh 200 meter kerana bimbang jasad suaminya dibawa arus.

Kasih seorang isteri, mengerah kudratnya untuk menarik mayat suami ke darat selepas perahu yang dinaiki dipercayai terbalik di Kampung Bakat, di Rantau Panjang, Kelantan semalam.

Menurut laporan Sinar Harian oleh Hazelen Liana Kamarudin, ini kronologi kejadian berkenaan;

1. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa, Mohd Kamarudin Yahya, 44, difahamkan keluar untuk mengangkat pukat berhampiran kawasan rumah mereka.

2. Nor Zubaila Ramli, 36, berkata, pada awalnya mereka bersama empat anak berusia tiga hingga 16 tahun menetap di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi selepas rumah dinaiki air sejak Sabtu lalu.

3. Semalam Nor Zubaila bersama suami dan tiga anak pulang ke rumah sekejap. Apabila sampai di rumah, suaminya memberitahu hendak keluar mengangkat pukat. Dia hendak ikut tapi suami tidak izinkan.

Baca juga Tanda kasih buat isteri, suami prihatin hadiahkan caruman SKSSR, 7 info wanita perlu tahu

 

4. Kemudian anak ketiga mereka, Mohd Arash Abshar Mohd Kamarudin, 7, tetap berdegil hendak mengikut suami dan sempat duduk di dalam perahu tersebut.

5. Bagaimanapun suami telah memujuk dan mengarahkan Mohd Arash supaya tinggal di rumah. Tanpa disedari suami telah hilang dari pandangan meninggalkan dia dan anak-anak di rumah.

6. Sejam lebih kemudian datang seorang remaja menaiki perahu memberitahu perahu suami terbalik.

7. Nor Zubaila meminta bantuan remaja lelaki itu membawa ke lokasi kejadian yang tidak jauh dari rumah mereka kerana bimbang suami tidak pandai berenang.

8. Sampai di sana wanita itu lihat suami sudah tidak sedarkan diri dan dengan kudrat yang ada menarik badannya dengan tangan manakala remaja itu mengayuh perahu ke darat.

Baca juga Viral isteri pertama tabah hadir persandingan suami, wanita bahagia berkongsi kasih dengan sahabat baik

9. Setelah sampai di darat suami tidak memberikan sebarang tindak balas apabila dipanggil berulang kali.

"Ketika itu, saya dapat merasakan suami sudah meninggal dunia kerana dia langsung tidak memberikan sebarang respons. Sebaik saja sampai, saya bersama anak-anak mengangkatnya ke dalam rumah sementara jiran meminta bantuan pihak bomba," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan anggota bertugas kemudian membawa mayat mangsa ke Unit Forensik, Hospital Pasir Mas, untuk bedah siasat.

Menurut Nor Zubaila, jenazah suami akan dibawa pulang ke Gua Musang untuk dikebumikan di sana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca