SESUNGGUHNYA ALLAH SWT telah merahsiakan dan menyembunyikan beberapa perkara di dunia ini sebagai cabaran dan perangsang buat kita.

Antaranya ialah tarikh ajal hamba-NYA dengan hikmah agar sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana kematian boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, tanpa sesaat pun tertangguh.

Kematian yang mulia husnul khatimah adalah antara yang diimpikan setiap umat Islam.

Bapa kepada penyanyi Sharifah Zarina, Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aljilani, 69, menghembuskan nafas terakhir selepas rebah ketika menunaikan solat sunat Isyak.

Baca juga: Rebah ketika rakaat ke-20 solat tarawih, isteri dedah amalan suami tunai tahajud, solat sunat

Perkara tesebut dikongsikannya menerusi hantaran video di Instagram. Sharifah Zarina menangis saat menceritakan detik pemergian bapa tersayang.

“Bapa saya kembali ke rahmatullah tadi semasa dia berada di masjid nak solat Isyak dan tarawih.

“Dia rebah ketika solat sunat Isyak. Mohon kalian semua doakan untuk abah saya,” katanya.

Perkongsian Sharifah Zarina menerima ucapan takziah. Ramai yang menyatakan terharu pemergiaan bapa Sharifah Zarina dalam keadaan beribadat dan berwuduk.

-“Innalillahiwainnailaihirojiun Allahuakbar kak, moga tabah melalui ujian ini. Ayahanda dijmput pada malam 27 Rmahan, dlm wuduk nak solat di masjid. Moga Allah tempatkan arwah bersama para nabi dan solihin ameen… salam takziah kak.” – Salima Habibi

-“Innalillahiwainnailaihirajiun.. Allahuakbar.. Moga akak dikurniakan kekuatan utk lalui ujian ini. Allahumarghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fu Anhu.. SubhanAllah.” Datin Lisa Surihani

-“Takziah adik. Allahu pemergian yang indah. Di masjid, ketika solat, malam Jumaat, 27 Ramadan AllahuAkbar. Seperti gambaran arwah antara insan terpilih Insya-ALLAH AlFatihah.” Datuk Aznil.

Baca juga: Sharifah Zarina dan anak mengamuk, ini kejadian sebenar

Iklan

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Cikgu Mohd Hasbullah yang menceritakan mengenai salah seorang jemaah Masjid Ar-Rahman meninggal dunia pada malam 27 Ramadan.

“Pemergian yang dicemburui, meninggal dalam solat dalam rumah Allah, pada malam Jumaat dan 10 malam terakhir 27 Ramadhan 1443H Subhanallah.”

“Perginya seorang insan yang dicemburui ramai selain ditangisi oleh mereka yang dekat dengannya dan dialah antara insan yang terpilih setelah dinilai oleh ALLAH SWT sebagai seorang khalifah di bumi ini yang mempunyai peribadi yang baik.

“Arwah sememangnya sangat beruntung dan tidak semua orang yang akan mendapat peluang sebegini. Sesungguhnya arwah adalah insan yang terpilih, tambahan pula di 10 hari terakhir Ramadhan, berkemungkinan di hari kematiannya mungkin juga Malam Lailatul Qadar, siapa tahu?” titip Cikgu Mohd Hasbullah.

Iklan

Hantaran Facebook otu meruntun perasaan warga maya yang rata-rata turut memuji keberuntungan Allahyarham pergi dalam keadaan yang mulia.

“Andainya itu adalah kita, alangkah beruntung menghadap Allah di hari yang sangat mulia in. Allahuakbar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golangan yang beriman dan beramal soleh. Aamiin,” komen salah seorang pengguna Facebook.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI