DUNIA hanyalah tempat persinggahan yang bersifat sementara, manakala akhirat adalah destinasi yang kekal abadi Pengakhiran yang baik adalah impian setiap daripada kita terutamanya meninggal dunia pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Baru-baru ini seorang lelaki, Zamri Saad, 51, meninggal dunia ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai, Baling Kedah.

Baca juga: Sempat tanya tentang bertemu Rasulullah, warga emas meninggal dunia ketika hadiri ceramah agama

MALAM RAMADAN KE-22

Allahyarham dikatakan rebah ketika solat tarawih sebelum disahkan meninggal dunia di masjid pada malam ke-22 Ramadan. Pemergian lelaki tu meninggalkan seorang balu dan tujuh anak.

Menurut isteri Allahyarham, Rohani Mohd Noor, 51, ibu kepada tujuh cahaya itu berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma anak-anak mula perasan bapa mereka agak pendiam sejak akhir-akhir ini.

Malah dia tidak menyangka suami tercinta pergi buat selama-lamanya ketika menunaikan solat tarawih.

“Sepanjang Ramadan, inilah kali pertama suami saya tergerak hati berbuka puasa di masjid. Tidak sangka arwah akan dijemput ALLAH ketika sedang solat tarawih di masjid itu,” katanya.

Zamri dikatakan rebah secara tiba-tiba kira-kira jam 10.00 malam. Berita pemergiannya hanya diketahui Rohani selepas dimaklumkan abangnya.

“Abang suami saya datang beritahu suami telah jatuh dan pengsan ketika solat.

“Saya terus mengajak anak kedua, Nazirol, 20, ke masjid itu dan dia masuk dahulu ke dalam masjid sebelum keluar semula dengan memberitahu bapanya sudah tiada,” katanya.

Gambar hiasan

SELALU TAHAJUD HINGGA SAHUR

Terdahulu, menurut Rohani suaminya ada mengajak untuk menunaukan solat tarawih di masjid. Namun ajakan itu ditolak kerana dia mahu solat di surau berhampiran rumah mereka.

Ketika diminta berkongsi amalan suaminya, Rohani memberitahu, Allahyarham sentiasa bangun malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat lain sehingga waktu bersahur sepanjang Ramadan setiap tahun.

Difahamkan Allahyarham pernah bekerja sebagai pemandu lori namun sudah tidak bekerja kerana bimbang tahap kesihatannya. Zamri dikatakan pernah menerima rawatan di Hospital Taiping, Perak akibat penyakit jantung tiga tahun lalu.

Rohani berkata, mereka sekeluarga bagaimanapun reda dengan pemergian arwah.

“Anak-anak telah membeli baju raya warna sedondon untuk menyambut Hari Raya, namun arwah sudah pergi dahulu, ” katanya.

Baca juga: Jangan Suka-Suka Viralkan Gambar Jenazah, Ini Hukumnya Yang Wajib Kita Tahu

MENGADU SAKIT DADA KETIKA PETANG

Menurut saksi, Hashim Osman, 51, Allahyarham rebah ketika sedang solat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan meninggal dunia.

Hashim berkata, arwah memberitahu dia tidak boleh makan kurma kambing ketika mereka berbuka puasa, namun ada meminta kebenaran untuk membawa balik sedikit lauk itu untuk anak-anaknya.

Menurutnya, arwah juga ada mengadu sakit dada pada jemaah lain pada sebelah petang sebelum kejadian.

Gambar hiasan

“Ketika solat, arwah tiba-tiba rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat. Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu sedang nazak dan kami sempat mengajarnya mengucap syahadah,” katanya.

Iklan

Ketua Polis Daerah Baling mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, mangsa meninggal dunia lebih kurang jam 10.10 malam semasa selesai memberi salam pada rakaat ke 20 solat tarawih ketika berada di saf hadapan dan kedudukan berada di belakang Imam.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Parit Panjang, Baling.

KEMATIAN YANG MULIA

Masuknya seseorang itu ke dalam syurga dengan amalan yang dilakukan. Bulan Ramadan merupakan musim beramal. Semoga kematian dalam bulan mulia ini menjadi suatu kelebihan buat si mati kerana keadaannya yang sedang beramal.

Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Dan sesiapa yang berpuasa sehari kerana mencari keredhaan Allah, yang ia mengakhiri hidupnya dengan amal tersebut, ia masuk syurga.” [Riwayat Ahmad (23324)]

Ini menunjukkan bahawa orang yang mati pada bulan Ramadhan itu, tetap dimasukkan ke dalam syurga bergantung kepada amalannya.

Iklan

Menurut Pejabat Mufti Wilayah, jika seseorang itu ditakdirkan oleh ALLAH SWT ajalnya pada bulan Ramadan; atau pada waktu-waktu mulia yang lain seperti hari Jumaat; atau pada tempat-tempat mulia yang lain seperti di Tanah Haram, maka ia boleh dikategorikan sebagai salah satu tanda husnul khatimah (pengakhiran hidup yang baik).

Selain itu, tugas kita sebagai seorang hamba adalah dengan sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta sentiasa istiqamah mempersiapkan diri untuk bertemu ALLAH SWT pada bila-bila masa.

Sifat rahmat dan keampunan-NYA amat luas dan ia tidak terhad pada tempat atau waktu-waktu tertentu.

Baca juga: Pelajar IPT Meninggal Dunia: Rakan Dedah, Arwah Selalu Bantu Gelandangan, Golongan Terjejas PKP

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI