Kerana orang luar, satu kampung kena buat ujian Covid-19

Kerana orang luar, satu kampung kena buat ujian Covid-19
January 15, 2021
Oleh Faezah Muda

SEPERTI yang kita sedia maklum, negara sedang bergelut dengan gelombang ke tiga pandemik Covid-19.

Jumlah kes baharu kebelakangan ini mencecah lebih 3000 amat membimbangkan sesiapa sahaja.

Buktinya, hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kes harian sebanyak 3,211 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 151,066 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan dalam negara pula adalah sebanyak 3,206 kes.

Sememangnya betul langkah kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0 di beberapa buah negeri bagi melandaikan semula kes Covid-19.

Malah, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan Kelantan dan Bahagian Sibu di Sarawak juga dijalankan PKP2.0 mulai esok.

Virus yang tidak dapat dilihat itu akan menyerang sesiapa sahaja tidak mengira tua atau muda.

Iklan

Seperti yang terjadi di Kelantan apabila baru-baru ini tular di laman sosial memaparkan penduduk di sebuah kampung sedang beratur beramai-ramai membuat swab test.

Menurut laporan portal tempatan, rupanya mereka adalah penduduk Kampung Chedok, Kelantan, yang tampil menjalani ujian Covid-19 bagi mengetahui keadaan kesihatan mereka.

Hampir semua penduduk melakukan ujian tersebut kerana disebabkan terdapat beberapa kes positif di kampung berkenaan.

Swab test dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang datang lengkap dengan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE).

Iklan

Difahamkan, ujian itu dilakukan selepas terdapat kes positif yang datang dari pihak luar.

Baca juga Penghuni pusat kuarantin MAEPS main TikTok buat fashion show hilangkan bosan

Apabila KKM buat saringan dan ujian secara percuma, penduduk sukarela menjalani ujian bagi memastikan kesihatan masing-masing.

Semoga kita semua dapat memutuskan rangkaian Covid-19 ini dengan mengamalkan SOP seperti memakai pelitup muka, sentiasa membasuh tangan dan penjarakan sosial.