Kevin Zahri sebenarnya mualaf, dedah dalami Islam pada usia 12 tahun

A
A
A

JURULATIH kecergasan dan pakar pemakanan popular Kevin Zahri sering kali muncul di laman sosial TikTok berkongsi tentang tip kesihatan dan gaya hidup sihat.

Baru-baru ini beliau turut menjawab persoalan yang diajukan warganet termasuk berhubung agama dan mendedahkan dirinya adalah saudara baru atau mualaf.

Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.

“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).

“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama. Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” tuturnya menyentuh tentang kehidupan pada masa lalu.

Baca juga: Konsisten diet, bersenam tapi berat badan masih tak turun. Ikuti perkongsian Kevin Zahri

Namun ternyata hidayah itu milik ALLAH. Segala berubah selepas beliau mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ketika itu Kevin baharu berusia 12 tahun.

“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak. 

“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” kata Kevin.

Baca juga: Sahur tak perlu jadi macam unta! Kevin Zahri kongsi tip cergas dan slim semula di bulan puasa

Lelaki yang turut dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia itu mendedahkan beliau pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.

“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B. 

“Diharapkan dalam video yang lain saya akan kongsikan tentang penghijrahan sebagai seorang mualaf. Apa pun Alhamdulilah saya seorang Muslim kini,” katanya 

Pendedahan jurulatih berusia 43 tahun itu menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan sokongan dan mengucapkan kesyukuran dan memuji Tindakan beliau menjawab pertanyaan yang diajuka oleh peminatnya.

Ujar mereka:

-“Masya-ALLAH, Tabarakallah, bapa coach mendapat hidayah dan membimbing anak-anak, Alhamdulillah.”

-“Suka cara dan penerangan coach, terperinci dan tenang walaupun soalan agak sensitif.”

-“Pernah tengok Coach Kevin khatam al-Quran.”

-“Alhamdulillah. Moga terus berjuang sampai syurga tuan Kevin!”

-“Alhamdulillah, sebaik-baiknya begitulah perjalanan hidup seseorang mualaf.”

-“Syukur ayah Coach sedar kesilapan dan berusaha untuk betulkan apa yang salah.”

Kevin berkahwin dengan Rio Elani pada tahun 2010 dan perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Baca juga: Kevin alami tulang bengkok sejak lahir, dijangka berkerusi roda umur 40 tahun

Sumber: TikTok Kevin Zahri

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami  DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca