'Kreatif, terbaik!' sekali lagi karya potret pakai rubik pukau warganet
SEBELUM ini, seorang pemuda mencuri perhatian ramai apabila menghasilkan potret penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Tok Ti) dan pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu bersama arwah isteri Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Apa yang menakjubkan ramai apabila karya lelaki dikenali Zabli Ab Hadi itu kelihatan sangat luar biasa kerana ia menggunakan susunan kiub rubik.
Semua maklum, kiub rubik ini merupakan permainan menguji minda terdiri daripada bongkah kiub warna warni yang perlu disusun ikut warna.
Namun kali ini lebih memukau ramai apabila Zabli tampil menghasilkan potret kesayangan ramai, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Ujarnya, potret tersebut dibuat sebagai penghormatan buat baginda sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-64.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya berasa terpukau dan kagum dengan hasil kreativitinya.
Ujar mereka;"Masya-ALLAH, cantiknya! Salam kemerdekaan. Terbaiklah!"
"Padu bang! Hanya orang yang bersabar jaa dapat buat ni..."
"Terbaik sungguh! Speechless, good job!"
"Video semua terbaik. Sungguh berbakat anak Malaysia."
Artikel berkaitan: [VIDEO]'Amazing!' - Lelaki Hasilkan Gambar Tok Ti Guna Kiub Rubik Buat Ramai Kagum
"Awesome, international level ni. Syabas anak muda."
"Kalau aa yang sudi sponsor buat galeri untuk rubik art fuh terbaik juga bang."
@abam.takafulSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke 64.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang