KINI tidak dapat dinafikan lagi aplikasi TikTok sebagai platform perkongian video popular yang membolehkan pengguna membuat dan memuat naik video pendek.

Sesetengah orang hanya mengaitkan aplikasi itu sekadar menari dan seksi namun pelbagai video menarik turut dikongsi warganya yang kreatif sudah tentu boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Pelbagai video bermanfaat ada di aplikasi itu seperti tip kehidupan, info agama, pendidikan, lawak jenaka, bisnes, travel, nasihat kewangan, hasil seni dan banyak lagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seperti perkongsian seorang penggunanya dikenali Zabli Ab Hadi yang menunjukkan proses menghasilkan potret penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Tok Ti).

Yang menariknya, karya Zabli itu kelihatan sangat luar biasa kerana ia menggunakan susunan kiub rubik.

Semua maklum, kiub rubik ini merupakan permainan menguji minda terdiri dari bongkah kiub warna warni yang perlu disusun ikut warna.

[VIDEO]'Amazing!' - Lelaki hasilkan gambar Tok Ti guna kiub rubik buat ramai kagum

Kreatifnya! Zabli menggunakan 796 kiub rubik untuk menghasilkan potret Tok Ti itu dengan hanya mengambil masa tiga hingga empat jam sahaja untuk disiapkan.

Menurut Zabli, dia menghasilkan potret penyanyi lagu Akulah Bidadari Syurgamu itu sebagai bentuk maklum balas kepada komen Tok Ti di laman Instagram.

Iklan

Malah, Zabli sebelum ini juga pernah tular apabila dia menghasilkan potret pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu bersama arwah isterinya Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin dengan teknik
yang sama.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya amat kagum dengan hasil kreativitinya.

Iklan

Ujar mereka;

“Bakat yang terlalu hebat. Tak semua orang ada bakat macam ni, terbaik bang. Hebat sangat.”

“Sumpah paling telented! You deserve million views!”

“Bukan biasa-biasa ni selalunya kita nampak dekat luar negara je pandai buat ni, terbaik bro!”

Baca juga Lengan pembaca meter elektrik cedera serius diterkam, bergelut anjing tuan rumah, warganet luah geram

“Masya-ALLAH hebat! Saya nak samakan warna pun berejam dan boleh badmood bila tak dapat samakan warna kiub tu.”

“Amazing, terbaiklah bang… semoga terus maju jaya!”

Video berkenaan telah mendapat 1.1 juta tontonan di TikTok sejak dimuat naik 16 jam yang lalu.

@abam.takafulKita Buat Gambar CTDK♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza