Kronologi anak durjana sanggup perlaku ibu hingga maut, akhirnya dilanggar lori tangki

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta
Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta
A
A
A

ANAK durjana! Begitulah ungkapan yang boleh menggambarkan situasi apabila seorang anak sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri.

Seorang lelaki 31 tahun tergamak membunuh ibunya dengan mengelar leher sehingga maut dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Jeniang, Batu 5, Jalan Gurun Jeniang di Gurun, Kedah pada pukul 6.30 pagi ini.

Dia yang difahamkan seorang penagih dadah itu melarikan diri selepas disyaki melakukan perkara berkenaan.

Tragisnya, dia melarikan diri dengan menunggang motosikal dengan menerpa ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah lori tangki, kira-kira satu kilometer dari rumahnya pada pukul 7.30 pagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian

Portal tempatan melaporkan, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, ini kronologi kejadian sebenar;

1. Mayat mangsa, Sarah Jon, 70, dikelar pada leher dengan senjata dipercayai pisau tumpul oleh anak bongsunya daripada empat beradik itu.

2. Mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanan dan telinga kiri dipercayai ketika mempertahan diri ketika diserang oleh anaknya itu.

Baca juga Takut kena marah sebab selipar hilang, kanak-kanak dakwa diculik lelaki bertopeng ninja

3. Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran antara dua beranak tersebut.

4. Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada kesan pecah masuk selain menemukan sejumlah dadah peralatan menghisap dadah.

5. Suspek yang juga pesakit mental turut mempunyai enam rekod jenayah termasuk empat berkaitan dadah.

6. Mayat warga emas itu dibawa ke Hospital SUltan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca