KUASA ALLAH yang paling hebat! Ternyata terlalu banyak bukti ALLAH MAHA BESAR yang terlihat melalui pelbagai kejadian.

Antaranya sejadah dan tempat sembahyang tidak dibasahi banjir.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan sejadah yang masih lagi kering dan tidak terusik meskipun rumah telah dilanda banjir, Subhanallah!

Keajaiban itu berlaku di sebuah kawasan perumahan di Taman Aman, Kota Tinggi, Johor yang mula dinaiki air pada awal pagi Rabu lalu.

Menurut media laporan tempatan mStar, penghuni rumah sewa tersebut, Nur Hidayah, 28, memaklumkan bahawa dirinya telah dimaklumkan oleh jiran bahawa air banjir mencecah paras pinggang kira-kira jam 3.30 pagi. Banjir kemudian surut kira-kira jam 4 petang dan ini membenarkan mereka masuk untuk lihat keadaan rumah.

“Masa masuk rumah tu keadaan memang berlecak penuh dengan lumpur. Tiba-tiba suami panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah dan sejadah kering tanpa sedikit pun terkena air banjir mahupun kesan lumpur,” katanya.

Baca juga Kronologi pembunuhan kejam baby Zara, suami pengasuh ke tali gantung

Banjir di Kota Tinggi, Johor.

Menurut Hidayah, ruang solat itu terletak di antara dapur dan tangga untuk naik ke tingkat atas rumah yang disewa sejak dua tahun lalu.

Selain itu, alas sejadah dan al-Quran yang ditempatkan di ruang solat tersebut turut kering tanpa kesan lumpur walaupun rumahnya ditenggelami air banjir.

Dia tidak pernah menyangka kejadian luar biasa yang membabitkan sehelai sejadah dan senaskah al-Quran itu berlaku di rumah sewanya.

Hidayah turut mendedahkan pintu sliding rumah pecah dan menyebabkan barang-barang di dalam rumah berubah arah kerana ditolak air banjir.

“Bukan setakat sejadah, alas untuk letak sejadah juga tidak basah dan tiada lumpur. Saya tengok depan mata rasa terkedu, nak menangis,” ujarnya.

Kredit foto: Suparerg Suksai

Masya-ALLAH, mungkin ini satu peringatan buat kita semua untuk sentiasa mengingati kekuasaanNya.

Insiden tular yang menerima lebih 2.5 juta tontonan di TikTok itu menimbulkan pelbagai reaksi warga maya.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan kekaguman bukti kehebatan ALLAH.

“Masya-ALLAH sesungguhnya memang itu kehendakNya.”

Baca juga Kronologi wanita terperangkap banjir, siap sedia paut dahan kelapa sawit, lakukan 10 perkara ini jika terjadi

“Allahuakbar! Itulah, wahai manusia jangan lagi alpa sesungguhnya dunia ini sudah tua.”

“Subhanallah, hebatnya kuasa ALLAH. Tiada dua mahupun tiga.”

Iklan

“Itu tandanya DIA memberi peringatan kepada kita agar tidak lalai, kasih sayangnya tidak terhingga.”

“Dari sini kita boleh melihat bagaimana ALLAH sayang kepada orang yang taat kepada-NYA.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.