Kronologi wanita terperangkap banjir, siap sedia paut dahan kelapa sawit, lakukan 10 perkara ini jika terjadi

SETIAP kali berlaku bencana banjir, selain daripada pasukan penyelamat, para petugas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah antara individu yang sibuk menjalankan tugas menjaga keperluan mangsa-mangsa yang dipindahkan.

Dalam menabur bakti, seorang pegawai dan dua kakitangan dari JKM Batu Pahat berdepan detik cemas apabila terperangkap apabila kenderaan mereka dikepung banjir.

Video yang memaparkan ketiga-tiga mereka meminta pertolongan ketika air semakin naik tular dan menyentuh hati warganet.

“Kami hanya ada pokok kelapa sawit sahaja boleh panjat,” katanya.

Cukup mendebarkan dan meruntun hati, berikut adalah kronologi insiden cemas itu:

1-Pegawai JKM Batu Pahat, Siti Nadiah Mardi, 36, Herlinda Abd Majid, 42, dan pemandu lelaki berusia 46 tahun terperangkap ketika dalam perjalanan menghantar bantuan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Parit Haji Kamisan di Yong Peng.

2- Siti Nadiah menceritakan air naik dengan cepat dan arusnya semakin deras. Awalnya air hanya pada paras sederhana namun semakin tinggi hingga mencecah paras berbahaya iaitu melebihi satu meter.

3-Ia mengakibatkan pacuan empat roda jenis Ford Everest dinaiki kami hanyut ke tepi.

4-Kenderaan dinaiki mereka terperangkap dilaluan kawasan kebun kelapa sawit yang menjadi antara laluan ke PPS.

5-Air yang naik mendadak memaksa mereka bertiga naik ke atas bonet sebelum duduk di atas bumbung pacuan empat roda berkenaan.

6-Mereka berdepan detik cemas dan bersiap sedia memanjat pokok kelapa sawit sekiranya air terus naik.

7-Difahamkan mereka telah menghubungi pelbagai agensi dan rakan untuk meminta bantuan sebelum keadaan bertambah buruK.

8-Selama sejam menunggu akhirnya bunyi bot kedengaran dan masing-masing melambai untuk diselamatkan.

Baca juga: Anak lemas musim banjir, 4 langkah ini boleh selamatkan nyawa, pentingnya tahu CPR

9-Ketiga-tiga mereka terharu dan bersyukur melihat bantuan sampai. Difahamkan pasukan penyelamat  terdahulu telah menerima maklumat tentang mereka dan ke lokasi untuk menyelamat.

“Kami bersyukur kerana terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Ini adalah kejadian kali pertama seumur hidup dan kami tidak akan lupakan dan akan dijadikan iktibar supaya lebih berhati-hati pada masa depan. Terima kasih kepada keluarga, kenalan dan rakan sekerja yang mendoakan keselamatan.

“Kebiasaannya kami membantu mangsa namun pada kali ini kami sendiri berdepan dengan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki hampir tenggelam,” kata Siti Nadiah.

Baca juga: Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

Mungkin ada dalam kalangan kita berhadapan dengan situasi banjir ketika sedang memandu. Air banjir atau air yang deras jangan sesekali diredah.

Air banjir tidak boleh diduga. Diingatkan supaya tidak bertindak terburu-buru, pertimbangkan dahulu beberapa faktor ya. 10 perkara ini penting mengelakkan kereta hanyut dibawa arus:

1. Mungkin ada yang beranggapan ‘redah sahaja air banjir’ kerana kereta lain boleh berbuat demikian. Namun berpatah balik adalah langkah yang lebih selamat.

2. Dalam membuat keputusan, penting untuk korang melihat tahap kederasan dan kedalaman air banjir tersebut.

Iklan
Kredit foto: NADMA

3. Sekiranya air terlalu deras dan tingginya menjangkau paras separuh tayar kenderaan, anda dinasihatkan untuk tidak meredah kerana ia boleh menyebabkan kereta teralih dengan sendirinya.

4. Arus air yang terlalu deras dibimbangi menyebabkan kenderaan hanyut sekelip mata dan membahayakan nyawa anda dan penumpang.

5. Fakta penting! Sebanyak 32 peratus kematian akibat banjir adalah kerana mangsa terperangkap di dalam kenderaan.

6.Jalan-jalan yang ditenggelami air dianggap tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35 meter.

7.Manakala semua kenderaan tidak dibenarkan meredah banjir sekiranya paras air mencecah kedalaman 0.76 meter di atas permukaan jalan.

Baca juga: Panduan keselamatan elektrik ketika dan selepas banjir, ini saranan Tenaga Nasional Berhad

Kredit foto: NADMA

8. SUV dan trak mempunyai paras tayar yang lebih tinggi berbanding kereta.

Iklan

9. Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bahagian bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik!

10.Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) mampu menyebabkan kereta terapung dan berisiko tinggi untuk hanyut.

Baca juga: Kronologi menyayat hati 3 beradik sehidup semati, maut renjatan elektrik tika harung air banjir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Sumber: Sinar Harian