“Kurang ajar, semoga mendapat keadilan.” Bodyguard dipukul bos kerana berpuasa timbulkan kemarahan warganet

pukul
pukul
A
A
A

PADA hari pertama Ramadan, negara digemparkan dengan berita dua pengawal peribadi dipukul kerana berpuasa. Insiden ini menimbulkan kemarahan warganet.

Malaysia adalah sebuah negara yang dihuni rakyat pelbagai kaum, agama dan adat resam. Justeru tolak ansur antara kaum amat penting. Selepas 64 mengecap kemerdekaan, adalah tidak masuk akal pada hari ini masih ada yang tidak dapat menerima kebebasan beragama.

Dalam kejadian yang berlalu pada Selasa lalu, dua pengawal peribadi membuat laporan polis setelah dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa berada di rumah milik majikannya yang berbangsa Cina.

 

“Kurang ajar, semoga mendapat keadilan.” Bodyguard dipukul bos kerana berpuasa timbulkan kemarahan warganet Foto: Twitter @pedoqpop

 

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Twitter @pidoqpop, majikan mangsa yang memiliki sebuah syarikat kawalan keselamatan terlebih dahulu menampar dan menumbuk mangsa selepas diberitahu mereka berpuasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan kejadian yang menimpa dua bodyguard berkenaan lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan ini.

@wanokdokgi - Kalau betul ni.. Allahuakbar.. masih ada lagi yang tak dapat berpuasa secara terang terangan..

@akram_suhaimi - Teringat kisah Bilal diseksa tuannya..semoga Allah melindungi mereka berdua

@amirivic - Semoga dapat keadilan. Kurang ajar. PDRM patut ambil tindakan sewajar kerana bukti dah ada.

Baca juga: Sanggup berkayuh hantar tempahan lewat malam, kisah pemuda ini cari rezeki buat warganet sebak

Dalam perkembangan terbaru, empat suspek kes berkenaan telah ditahan polis malam tadi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Sebagai rakyat Malaysia, kesejahteraan antara kaum haruslah dikekalkan dengan menghormati serta menerima adat resam, kebudayaan dan amalan kehidupan yang berbeza.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca