Lana Nodin dipuji jemput ustazah bimbing suami & anak. 'Kami tak sempurna tetapi cuba lakukan terbaik... '

A
A
A

LAMA tak dengar cerita tentang pelakon dan usahawan, Lana Nodin.

Umum mengetahui, beliau berkahwin dengan saudara baharu, Mohd Daud McKienzie.

Pemilik nama Mazlina Hassan Nordin itu menyedari adalah menjadi tanggung jawabnya untuk membimbing suami dan anak dalam memahami, mempelajari dan menghayati agama Islam.

Dalam hantaran terbaru di Instagram, pelakon filem Gol & Gincu itu memuat naik video yang memaparkan suami dan anak sulungnya, Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan seorang us­tazah di rumah.

Mohd Daud diajar untuk mengambil wuduk dan mendirikan solat selain membetulkan bacaan.

Baca juga: Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun, gembira Ardini Angeline Tan kini mualaf

Baca juga:'32 tahun kenal, abang beri masa yang cukup untuk buat keputusan'- Angeline Tan

Baca juga: 'ALLAH tidak pernah mengabaikan sesiapa pun'- Angeline Tan

Pelakon berasal dari Kuching, Sarawak itu sempat meluahkan ia adalah usaha untuk melengkapi kesempurnaan keluarganya.

"We are not perfect family but we are trying to be perfect for each other. #myfamily #mypreciousdaughter #mysyurgaduniaakhirat," kongsinya.

Baca juga: 'Abang Sabri ialah ustaz saya.' Angeline Tan akui belum tutup aurat sepenuhnya, enggan paksa anak peluk Islam

Baca juga: Kevin Zahri sebenarnya mualaf, dedah dalami Islam pada usia 12 tahun

Warga maya memuji tindakan Lana yang menunjukkan contoh yang baik. Rata-rata menitipkan doa dan berharap perkara baik sebegitu dilakukan berterusan.

- "Bagus Lana, contoh yang baik. Ambil suatu masa dan ruang dalam hidup untuk belajar agama."

- "Alhamdulilah, bagus Lana pandai didik anak-anak dan ajar suami tentang Islam. Tahniah."

- "Alhamdulillah Lana, you and family are doing the right thing. Agama is important as a muslim."

- "Alhamdulillah, salute to you lana and husband. Moga istiqamah."

- "Its okay, at least kita cuba untuk ke arah lebih baik. Peringatan untuk diri sendiri juga."

Untuk rekod, Lana dan Mohd Daud yang merupakan bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat berkenalan ketika menghadiri sebuah acara yang diadakan di Singapura pada Oktober 2014.

Perkenalan singkat mereka membawa ke jenjang pelamin apabila kedua-duanya diijabkabulkan pada 15 Mei 2015 di Restoran Kim Ma, Hotel Palace Of Golden Horses.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn McKenzie, 7, dan William Daud McKenzie, 4.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca