BARU sahaja selesai angkat sumpah petang tadi, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilihat hadir ke pejabat barunya di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau dalam kemaskini terbaru laman sosial Instagram memuatnaik foto sedang melayangkan kad akses pada alat pengimbas Pejabat Menteri, di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.

Beralih dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke kementerian itu, ahli Parlimen Rembau itu menyifatkan tugas yang diamanahkan pada kabinet kali ini paling mencabar.

“Melapor diri untuk pekerjaan yang mungkin paling mencabar dalam karier saya.

“Saya berjanji akan memberikan seluruh tenaga yang saya ada untuk menjadikan Malaysia selamat dari wabak dan menjadi lebih kuat.

“Semoga rahmat Tuhan membimbing kita ke hari-hari yang lebih baik,”tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

Menjengah ke ruangan komen, warga maya rata-rata memberikan semangat dan mendoakan segala tugasan Khairy di KKM berjalan dengan lancar.

“Selamat bertugas YB. New position new experience. Persediaan untuk mentadbir puncak kepimpinan negara di masa akan datang. All the best.”

“Sudah berjaya dalam dua portfolio sebelum ini, semoga Yang Berhormat dapat menjalankan tugas sebaiknya di KKM.”

“Semoga diBerkati Allah setiap usaha.”

Iklan

“Orang yang tepat untuk tugas yang tepat.”

Baca juga Warganet Sambut Baik KJ Jadi Menteri Kesihatan, Harap Kes Covid-19 Turun Segera

Malah, rata-rata warga KKM mengucapkan selamat datang dan menjalankan tugas menerajui kementerian itu.

Iklan

“Selamat datang bos. Didoakan semoga Allah memberikan yang terbaik daripada YG untuk kita semua.”

“We MOH Frontliners will always support you YB!”

 

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.