Lega! Caprice sahkan Ebit Lew selamat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin

Lega! Caprice sahkan Ebit Lew selamat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin
Lega! Caprice sahkan Ebit Lew selamat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin
A
A
A

UMUM mengetahui pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew kini sedang melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Aktivis masyarakat berusia 36 tahun itu telah bertolak ke sana pada 25 Mei lepas.

Pun begitu, apa yang menjadi tanda tanya apabila tiada sebarang perkembangan mengenai beliau menerusi media sosial sejak 27 Mei lalu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan banyak pihak.

Situasi itu berbeza dengan misi-misi bantuan sebelum ini yang mana bapa kepada empat cahaya mata itu sentiasa berkongsi update terkini di semua laman sosial miliknya.

Lebih membimbangkan apabila timbul dakwaan tidak berasas mengatakan Ebit Lew sedang berada dalam keadaan bahaya, diculik pihak lawan dan sebagainya.

Bagaimanapun, keresahan bersarang dalam hati itu diredakan oleh penyanyi rap, Caprice yang tampil mengesahkan Ebit Lew berada dalam keadaan baik. Lega mendengarnya!

Menerusi posting di laman Instagram, Caprice turut muat naik tangkap layar perbualannya bersama dengan Ebit Lew bertanyakan perkembangan semasa.

Balas Ebit: "Waalaikumussalam ok Caprice, doakan ye."

Menjengah ke laman sosial, rata-rata warganet menitipkan doa buat ustaz kesayangan ramai itu dan memohon ALLAH permudahkan urusan beliau.

Baca juga Dr Amalina, Mira Filzah seru wanita jangan lemah, yakin diri sendiri

Syukur alhamdulillah, beliau dilaporkan baik-baik sahaja.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar segala urusan Ebit Lew dan team dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca