PENULARAN virus Covid-19 di negara kita kian mengganas dan telah meragut banyak nyawa.

Mana tidaknya, sejak ia merebak pada Januari tahun lalu sehingga kini telah mengorbankan 619 orang setakat semalam.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM) kes baharu semalam berjumlah 3,631 kes (3,624 tempatan, 7 import) menjadikan jumlah positif kini sebanyak 165,371.

Penularan kes baharu yang tinggi dua minggu kebelakangan ini sememangnya amat mengerikan.

Begitu jugalah yang melanda kepada sebuah keluarga ini.

Seorang lelaki yang juga pengguna Twitter @Zyxyo tampil memaklumkan empat daripada ahli keluarganya telah dijangkiti virus jahat tersebut.

“Dari tujuh orang dekat rumah sekarang tinggal tiga orang, kakak dengan adik perempuan aku dekat MAEPS, kakak aku lagi sorang dekat Hospital Sungai Buloh.

“Satu lagi, arwah abang ipar aku yang telah meninggal dunia awal pagi tadi (semalam) juga di Hospital Sungai Buloh kerana Covid-19,” tulisnya.

Lelaki itu turut memohon agar keluarganya diberi kekuatan untuk menempuhinya.

Iklan

“Ya Allah sungguh berat ujian yang kau beri kan pada keluarga kami di awal tahun 2021 ini.

“Ya Allah berikan keluarga kami kekuatan untuk menempuhi segala ujianmu. Tabahkanlah ummi aku. Aku tak boleh tengok ummi aku macam ni ya Allah.

“Dengan namamu Ya Allah kau sembuhkan adik-beradikku dan keluargaku. Jauhilah mereka dari penyakit Covid-19. Al fatihah (dibaca),” katanya.

Lelaki dedah 4 ahli keluarga Covid-19, abang ipar meninggal

Perkongsian tersebut menjadi perhatian warganet dan rata-rata meninggalkan doa ketabahan buatnya serta sehingga kini telah mendapat lebih 26 ribu ulang kicau.

Iklan

E.Smith Rowe Fire – This tweet made me realise that Covid-19 is closer than we think. Al-fatihah to your family and stay strong buddy. Hope all of us can stay safe and go through this together.

eagle peacock_96 – Syafakallah untuk kamu sekeluarga. Semoga Allah memberikan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya. Aamiin Ya Mujib. “Tidaklah sesuatu penyakit menimpa hambaKu melainkan gugur dosa-dosa bersamanya”.

Luminous – Semoga saudara sekeluarga tabah menghadapi ujian ini dan allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

fariezchan – Salam takziah, saya doakan semoga semua keluarga awak diberikan semula kesihatan yang baik bebas dari wabak ini. Semoga abang ipar awak ditempatkan bersama para solihin. Amin ya mujib.

Baca juga Lengkap dengan PPE, doktor tertidur semasa bertugas dan akhirnya meninggal dunia, ini apa kata KKM

@gutgeerdetkerl – Saya pun rimas, cemas, ada rasa takut dengan situasi Covid-19 yang di luar jangka sekarang ini. Semoga Allah SWT anugerahkan kita kesabaran dan ketenangan. Angkat dan jauhkanlahCovid-19 ini dari kami, Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem.

@Shahzain_bara – Tabahkan hati dik. Kuatkan semangat. Kuatkan semangat ibu kau juga. Moga semua sembuh dan dihindari dari Covid-19. Stay safe and strong.

Semoga kita semua dapat memutuskan rangkaian Covid-19 ini dengan mengamalkan SOP seperti memakai pelitup muka, sentiasa membasuh tangan dan penjarakan sosial.