"Macam mana kita nak lena jika ada orang memerlukan air,” Ustaz Ebit Lew

A
A
A

DUA hari lalu, ribuan penduduk di Lembah Klang kembali mengeluh apabila sekali lagi dibebani gangguan bekalan air.

Walaupun sudah lali dengan masalah terputus bekalan air yang seperti acara wajib hampir setiap bulan, namun lebih parah di waktu kritikal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Gangguan bekalan air kali ini dilaporkan disebabkan pencemaran bau.

Prihatin dengan apa yang berlaku, sekali lagi penceramah, usahawan dan dermawan, Ustaz Ebit Lew tampil memberikan bantuan air kepada penduduk Selangor sekitar Subang.

Menerusi posting di Facebooknya miliknya malam tadi, beliau berasa sayu dan sedih apabila sekali lagi penduduk Selangor diuji dengan ketiadaan air.

"Malam ini (malam tadi) terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar Subangi. Ada beberapa tempat lagi mesej saya.

"Macam mana kita nak lena jika ada orang memerlukan air. Besar nilai dan nikmat air ini.

"Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok," katanya.

Menurutnya, walaupun hari sudah larut malam, masih ramai datang bagi mengambil bantuan air yang diagihkan.

Sebelum ini, Ustaz Ebit turut membeli dua lori air untuk diagihkan di sekitar pinggiran Batu Caves yang juga terganggu bekalan air tidak berjadual pada pertengahan Oktober lalu.

Sementara itu, pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) turut memaklumkan sehingga jam 6:00 pagi tadi, sejumlah 888 (69%) kawasan yang terjejas telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,279 kawasan yang terlibat.

Justeru, sebanyak 391 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan.

Alhamdulillah, sama-samalah kita mendoakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan Ustaz Ebit Lew kerana banyak membantu rakyat.

Baca juga “Nafkah isteri tak pernah abai. Masa paling sempit, tetap hulur walau RM20 sebulan”- Lelaki ini bongkar 7 amalan murah rezeki

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca