Malaysia Boleh! Atlet negara ungguli senarai teratas Beach Volleyball Singapore National Series

A
A
A

NAMPAKNYA pasukan Malaysia mendapat rentak dan momentum yang baik menjelang Sukan Sea Hanoi dengan memenangi Siri 1 Pantai Singapura lelaki dan wanita hujung minggu lalu.

Baca juga: Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik

Pasangan Malaysia B Khairol Shazrime Shamsaimon-Sim Jia Qin memenangi tempat pertama manakala pasangan Malaysia B Shon Ngiap Shyang-Mohd Asri Muharia menduduki tempat ketiga di belakang tuan rumah, Singapura.

Ngiap Shyang-Mohd Asri Muharia

Dalam acara wanita, Foo Sin Xi-Sin Sing Yee, (Malaysia A), Nur Auni Maisarah Shamsulrizal-Nur Aisyah (Malaysia C) dan Maegan Beh Jia Yin-Farwizah Aina Ahmad Nizar (Malaysia B) menduduki tiga tempat teratas.

Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) Hean Boon Yeow berharap pasukan lelaki dapat mara ke separuh akhir Sukan SEA.

Tiada acara individu untuk bola tampar pantai dan kami berharap pasukan negara layak ke separuh akhir dalam acara berpasukan di Hanoi.

“Indonesia adalah pasukan pilihan bagi pasukan lelaki manakala Thailand adalah pasukan yang perlu ditewaskan dalam acara wanita.

“Kami mempunyai pasukan wanita yang sangat muda dan sasaran mereka ialah Sukan seterusnya di Kemboja (2023),” kata ,” kata Boon Yeow kepada portal berita.

SUKAN SEA HANOI

Seramai 589 orang atlet akan beraksi memburu pingat di Temasya Sukan Sea Hanoi bermula 12 hingga 23 Mei ini.

Temasya sukan dwitahunan itu menyaksikan 864 orang kontinjen yang terdiri daripada iaitu 364 atlet lelaki dan 225 wanita selain 275 orang pegawai (222 lelaki dan 53 wanita).

Kontinjen Malaysia akan menyertai 37 jenis sukan daripada 40 jenis sukan dipertandingkan di Vietnam nanti.

Baca juga: Gambar lama Dhabitah tular, badan dilipat masa berlatih, warga maya luah rasa kagum

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca