CIK Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff terkenal dengan kecantikannya. Raut wajah lembut dan keibuan menyebabkan baginda sering menjadi sebutan warga maya.

Tidak lokek dengan senyuman, bekas pramugari syarikat penerbangan Singapura itu menjadi perhatian selepas melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 2002.

Baca juga: Kejelitaan puteri bongsu negeri Terengganu curi perhatian netizen saat rai ulang tahun Hari Keputeraan ke-19

Baca juga: [7 FOTO] Manis bertudung litup, Sultanah Nur Diana Petra anggun rai hari keputeraan suami, terima darjah kebesaran

Lama tidak muncul di laman sosial, perkongsian akaun peminat Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muadzam Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah foto Cik Puan Muda Julita menerusi Instagram menarik perhatian warganet.

“Happy Birthday Yang Berbahagia Che Puan Muda, Che Puan Julita Aishah. May ALLAH continue to bless you and your family,” titip Instagram tersebut baru-baru ini.

Lima keping foto yang dikongsikan meraih pujian warganet yang rata-rata tertarik dengan penampilan Cik Puan Muda Julita yang kekal cantik.

 

– “Still pretty after all these years.”

– “Happy birthday, Cik Puan masih jelita seperti dulu.”

– “Cantik sangat Cik Puan.”

– “Lamanya tak nampak , masih cntik macam dulu-dulu.”

Iklan

– “Happy birthday yang berbahagia Cik Puan Julita,masya-ALLAH jelita sangat. Semoga kekal sihat.”

– “Happy Birthday Cik Puan Muda Cik Puan Julita Aishah, still beautiful as before.”

Baca juga: Cantik persis ibu, warganet teruja kejelitaan anak Permaisuri Selangor, 22 tahun raih sarjana universiti ternama UK

Baca juga: [15 FOTO] Kemunculan Sultanah Nur Diana Petra sekali lagi jadi tumpuan, diiringi Che Puan Sofie

Iklan

Istiadat Perkahwinan Di Raja, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dengan Cik Julita Aishah berlangsung selama enam hari enam malam iaitu pada 23 Julai hingga 28 Julai 2002 di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Baca juga: ‘Beauty with brain’ -Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.