SULTANAH Nur Diana Petra Abdullah sekali lagi menjadi tumpuan warga maya selepas penampilan pertamanya baru-baru ini.

Dimahsyurkan pada 2 Ogos lalu, Sultanah Kelantan tampil bersama Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson.

Keanggunan baginda mencuri pandangan warga maya menerusi perkongsian foto di laman sosial Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan.

Sultanah Nur Diana Petra berkenan berangkat ke Majlis Santapan Teh bagi meraikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Wickham, Kuala Lumpura.

Baca juga: [12 FOTO] Penampilan pertama Sultanah Nur Diana Petra Abdullah raih perhatian warganet

Baca juga: Dimasyhur Pro-Canselor UiTM, ini 8 fakta Tengku Permaisuri Norashikin

Turut mengiringi Che Puan Sofie Louise, Tengku Puan Panglima Perlis, Tengku Puan Panglima Selangor dan Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan.

Baca juga: Beauty with brains, Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

Baca juga: Kejelitaan puteri bongsu negeri Terengganu curi perhatian netizen saat rai ulang tahun Hari Keputeraan ke-19

Pada hari yang sama, Sultanah Nur Diana Petra turut berangkat ke Majlis Perasmian Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 di Hotel Marriot, Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakannya majlis berkenaan.

Berangkat sama mengiring, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Baca juga: ‘Dengarlah suara wanita.’- Permaisuri sokong pemerkasaan kaum Hawa, perjuangan kesaksamaan gender

Keanggunan baginda terserlah menerusi busana indah bertemakan batik berona pastel.

Iklan

Sultanah Nur Diana menjadi tumpuan apabila berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Istana Negara.

Seri Paduka baginda Raja Permaisuri Agong yang juga merupakan pengasas dan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Istana Negara.

Baca juga: Gembira timang 2 cucunda baru diputerakan, Agong, Raja Permaisuri kongsi gambar bersama

Hadir sama dalam majlis berkenaan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Baca juga: Agong, Permaisuri abadi kenangan mural Sudirman, legenda penghibur nasional

Iklan

Tertarik dengan kemunculan Sultanah Nur Diana Petra, warga maya rata-rata mendoakan kesejahteraan baginda.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Baca juga: Simpan cita-cita mahu menjadi pakar psikologi, Che Puan Sarimah ligat perjuangkan isu kesihatan mental

Sumber: Facebook rasmi Unit Media Pejabat Sultan Kelantan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.