AKHIR-akhir ini vaksinasi semakin dipercepatkan dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Bermacam-macam kisah berkenaan vaksinasi juga dikongsikan oleh pengguna media sosial.

Sebuah video yang memaparkan pasangan suami isteri yang tampil cantik bergaya meraih perhatian warga maya.

Video yang dikongsikan pengguna TikTok @prince.syed.shahid itu memaparkan sepasang suami isteri bersiap-siap untuk ke Pusat Pemberikan Vaksin (PPV).

Mereka saling membantu memakaikan stoking dan kasut dan paling menarik kedua-duanya menggayakan pakaian sedondon merah.

Rata-rata warganet memuji si suami yang melayani isteri bak puteri.

Tidak kurang juga yang terhibur dengan paparan video tersebut.

Baca juga Tak Amanah, Jururawat Suntik 8,600 Orang Dengan Air Garam, Ganti Vaksin Covid-19

@prince.syed.shahidit’s vaccination day 🥰 alhamdulillah selesai bawak wife abam pergi inject vaksin Di PPV MITEC , ya Allah harap cepat r covid hilang & hapus 💪

♬ original sound – Mark Odea (ALAMARK!)

Tidak hanya melaram dengan pakaian yang ‘vass kebaboom,’ ada juga yang memilih untuk tampil unik dengan hanya memakai kaftan atau lebih dikenali dengan panggilan baju kelawar.

Baca juga Jangan Kongsi Screen Shot Sijil Digital, Nombor Batch Vaksin Di Media Sosial. Ini Sebabnya…

Sebuah video dikongsi pengguna TikTok @rizwan.99_ memaparkan seorang lelaki memakai baju kelawar.

Tidak sekadar itu, lelaki tersebut turut menjadikan tuala sebagai turban serta membawa bersama baldi yang berisi peralatan mandi.

Iklan

Pada bahagian belakangnya dilekatkan sekeping kertas bertulis ‘Tak dan bersiap bini suruh pi cucuk vaksin.’

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur. Tidak kurang juga yang kagum ddengan keberanian lelaki tersebut berpakaian sedemikian ke PPV.

@rizwan.99_

Owner sila hadir🤣

♬ BISMILLAH – Riyan Fvnky

Iklan

Menurut satu perkongsian di Facebook Pejabat Daerah Labis, terdapat garis panduan umum ditetapkan untuk penerima vaksin berhubung pemilihan pakaian sesuai.

Setiap individu perlu berpakaian sopan. Antara pakaian yang tidak dibenarkan bagi penerima vaksin wanita ialah baju tanpa lengan, skit pendek dan seluar pendek.

Manakala bagi penerima vaksin lelaki pula, baju tanpa lengan, seluar pendek dan seluar koyak tidak dibenarkan.

Sumber: TikTok @prince.syed.shahid, @rizwan.99_ dan FB Pejabat Daerah Labis