Mempesonakan! Cherry Yeo menang bergaya rangkul 3 emas di Festival Tarian Mallorca Sepanyol

BERJAYA menampilkan gerak tari mempesonakan, atlet sukan tarian negara, Cherry Yeo Xiao Wei berjaya merangkul tiga emas dalam Festival Tarian Mallorca (MDF) di Sepanyol, hujung minggu lalu.

Atlet berusia 18 tahun itu menang dalam dua acara iaitu remaja solo wanita latin dan dewasa solo wanita latin Persekutuan Tarian Sukan Dunia (WSDF), serta remaja solo wanita latin MDF.

Penari Persatuan Tarian Sukan Kuala Lumpur (KLDSA) itu turut menyumbang pingat gangsa menerusi acara dewasa solo wanita latin MDF.

Selain Cherry Yeo, empat lagi atlet daripada KLDSA mengambil bahagian dalam festival berkenaan iaitu Yap Wan Xin, Madeleine Lau Yu Xuan, Nicole Lim Le Wei dan Taraneh Ahmadi Zeidabadi bagaimanapun, mereka gagal memenangi sebarang pingat.

Baca juga Hanya jual daun ketapang kering dengan modal RM8, rezeki terpijak buat pensyarah ini bergelar jutawan eBay

Kredit foto: Intagram cherry.yxw

KLDSA dalam kenyataannya menyifatkan pencapaian cemerlang terutama oleh Cherry Yeo itu adalah hasil bimbingan terbaik jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong.

Memandangkan kesemua atlet berkenaan bertanding dengan pembiayaan sendiri, KLDSA berharap Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara akan memberi lebih perhatian kepada sukan tarian yang kini semakin berkembang.

Sementara itu, prestasi cemerlang Cherry Yeo turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mengucapkan tahniah melalui laman Facebooknya.

Baca juga ‘Agak terduduk, ‘keras’ tapi demi anak kami berkorban.’ Dr Say pindah rumah demi pembelajaran anak istimewa

Kredit foto: Intagram cherry.yxw

“Berganda emas untuk Cherry Yeo pada kejohanan WDSF di Calvia, Sepanyol. Tahniah!”

Iklan

Dengan pencapaiannya yang luar biasa, Cherry Yeo membuktikan bahawa Malaysia memiliki bakat hebat dalam arena tarian antarabangsa.

Kemenangannya di Festival Tarian Mallorca adalah satu pencapaian yang membanggakan negara, menjadikannya ikon tarian yang dihormati.

Semoga, kejayaannya ini dapat menginspirasi generasi muda Malaysia untuk menceburi bidang tarian dengan penuh semangat dan dedikasi.

Sumber: Bernama

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!