Menakjubkan, foto ikonik anak muda Malaysia jadi pilihan Instagram Apple
TELEFON pintar Apple sememangnya terkenal dengan kamera dan sistem suntingan yang canggih.
Justeru, tidak hairanlah Apple menerusi laman sosial Instagram rasmi aktif berkongsikan gambar yang diambil pengguna iPhone bagi tujuan mempromosikan kualiti kamera iPhone dengan #ShotoniPhone.
Namun siapa sangka foto hasil bidikan anak muda Malaysia turut dipilih syarikat gergasi itu untuk dipaparkan di laman sosial mereka.
Baca juga: Stail, Mantap, Tahan Lasak. Samsung Galaxy Z Fold3 5G, Galaxy Z Flip3 5G Jadi Idaman Ramai
Foto-foto yang dihasilkan pelajar berasal dari Kuantan, Muhammad Nuaim Zulkarnain, 20, memukau pandangan.
Tiga keping gambar hasil sorotan lensa anak muda ini menjadi tatapan 26.4 juta pengikut Instagram Apple.
“Saya berjalan di pantai dan melihat awan yang indah dan lembut ini, mengingatkan saya pada roket. Dan saya membawa botol kosong.
“Menggunakan perspektif dengan cara yang unik adalah yang dapat membezakan imaginasi saya dengan yang lain. " #ShotoniPhone oleh Muhammad N.
View this post on Instagram
Salah satu foto memaparkan awan berkepul dan botol seolah-olah air mengalir keluar dari mulut botol berkenaan.
Manakala foto kedua pula memaparkan pokok pisang manakala ketiga pula adalah imej bulan sabit.
Ketiga-tiganya dirakam Muhammad Nuaim menggunakan iPhone 11 Pro. Olahan, teknik dan kreativiti menjadikan gambar-gambar di sekitar Kuantan, Pahang itu tampil unik.
Selepas beberapa hari dimuatnaik, foto-foto berkenaan didapati menerima hampir 500,000 tanda suka.
Rata-rata warganet tertarik dengan hasil kerja pelajar Diploma Amalan Makanan Halal, Politeknik METro Kuantan itu dan memujihasil kreativitinya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Apple pernah menampilkan foto-foto yang dirakam rakyat Malaysia dari Terengganu, Perlis dan Selangor.
Antaranya gambar sawah padi Sabak Bernam milik @farisofar pada September 2020.
Selain itu, turut dikongsikan Apple sebelum ini ialah gambar pemandangan kampung di Perlis serta imejpokok kelapa di Terengganu.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: nuaim.z__
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang