Minat satukan dua beradik lelaki kendalikan ekspo kahwin, himpunkan 100 vendor di bawah satu bumbung

A
A
A

JARANG kita melihat kaum Adam melibatkan diri dalam kerja penganjuran ekspo kahwin. Lazimnya, ia didominasi oleh wanita.

Namun, Shamsul Azhar Amir Hashim dan Khairul Anwar Amir Hashim membuktikan tiada yang mustahil. Bagi mereka, minat boleh mengatasi segalanya.

ekspo Shamsul Azhar Amir Hashim dan Khairul Anwar Amir Hashim.

Lebih menarik lagi, tahun ini merupakan kali ketiga adik-beradik itu menguruskan ekspo perkahwinan.

“Kami berminat dengan industri kerja kahwin ini kerana pelbagai idea dan kreativiti boleh dicurahkan dalam penganjuran ekspo.

“Masakan tidak, ia dapat mengukir senyuman bakal raja sehari. Pada masa sama, memudahkan orang ramai mencari keperluan perkahwinan,” kata Shamsul Azhar.

 

Baca ni 'Besar & mewah macam istana.' 20 tahun simpan angan-angan, rumah impian Yatie Kamarzaman bakal siap dibina. Lawanya!

Terbaharu, kedua-duanya yang merupakan pemilik syarikat Nightbloom Events mengendalikan Ekspo Ijab Qabul 2023 yang bakal berlangsung pada 22 hingga 24 September ini.

“Kami menyediakan lebih 100 tapak dengan ramai vendor dari pelbagai sudut kelengkapan kahwin termasuk hotel, dewan kahwin, dekorasi pelamin, busana pengantin, perancang perkahwinan, katering, barang kemas, kad kahwin, doorgift, hantaran dan gubahan bunga," ujarnya.

Acara ini turut mendapat sokongan dekorasi utama daripada Ellysia, Suke TV (penyiar rasmi), Picturesque Production, Rose Katering, Magica Events dan JV Craft & Gifts.

ekspo

Menurut Shamsul Azhar lagi, seiring dengan tagline penganjuran acara iaitu Ekspo Kahwin Paling Best dan All Your Wedding Needs, Under One Roof, pihaknya juga menjanjikan pelbagai hadiah menarik buat bakal pengunjung.

Antaranya seperti pakej nikah percuma di Magica Suite tajaan Magica Events termasuk makan dan minum untuk 50 orang bernilai RM3,000.

Orang ramai juga boleh merebut pakej percutian daripada Golden Fly iaitu hotel percutian di Bali, Indonesia.

"Selain itu, pemenang utama bakal membawa pulang pakej umrah untuk seorang tajaan Zuhud Holiday bernilai RM8,390. Malah, agensi kembara sama turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa diskaun pakej umrah sebanyak RM1,000 untuk seorang dan RM500 bagi dua orang," ujarnya.

Baca ni ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

SESI MEET AND GREET

Dalam pada itu, Ekspo Ijab Qabul 2023 juga sarat dengan aktiviti seni.

erni

Antaranya persembahan daripada artis popular seperti Ernie Zakri, Syamel, Nuha Bahrin, Naufal Azrin dan Kugiran Kamila Akustika.

Terdapat juga persembahan silat, gamelan dan tarian cilik Arcisa Girls, demonstrasi solekan serta gubahan bunga dan hantaran.

“Seperti kelaziman, majlis kahwin pasti tidak lengkap dengan persembahan hiburan. Sebab itu kami lengkapkan acara ini dengan pembabitan artis dan pekerja seni. Selain buat persembahan, artis juga akan ada sesi meet and greet bersama pengunjung serta peminat.

“Untuk menggamatkan lagi suasana, forum perkahwinan bertajuk Cinta Yang Direstui akan dikendali oleh pasangan Ustazah Asma Harun dan suami, Tengku Fazli Tengku Jaya pada hari pertama pembukaan ekspo. Justeru, datanglah beramai-ramai," katanya lagi.

Baca lagi Dapat peluang guna wajah Datuk Rosyam Noor, sales usahawan ini naik mencanak

Kemasukan ke ekspo berkenaan tidak dikenakan sebarang bayaran. Berita baik, tempat letak kereta pun percuma!

Kashfi Zulkufli

Seramai 1,000 pengunjung terawal juga bakal mendapat cenderahati percuma daripada JV Crafts and Gifts.

“Tahun ini juga kami perkenalkan pereka fesyen terkenal, Kashfi Zulkufli sebagai duta Ekspo Ijab Qabul. Mereka juga bakal mempersembahkan pertunjukan fesyen bertemakan The Lost Maharani Volume 2," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca