INSIDEN individu diberikan memberikan suntikan vaksin picagari kosong antara topik hangat diperkatakan di media sosial.

Jika sebelum ini masyarakat menzahirkan kebimbangan, namun Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa penerima kini dibenarkan membuat rakaman video sewaktu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Langkah itu adalah sebagai bukti sekiranya terdapat sebarang isu.

Justeru, belum lagi reda isu terbabit semalam berlaku lagi apabila tular rakaman video mengenai seorang wanita yang mendapatkan vaksin sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur.

Wanita itu terkejut selepas mendapati vaksinator tidak menekan picagari berisi cecair vaksin.

Baca juga Pandang Picagari, Minta Petugas Tunjuk Jarum Selepas Suntik Vaksin Covid-19

Beliau hanya menyedari apabila melihat semula video yang dirakam semasa mendapatkan vaksinasi.

Paparan video jelas menunjukkan bahawa jarum picagari itu hanya dicucuk pada lengan seketika dan tidak ditekan sebelum ditarik keluar.

Iklan

Sementara itu, cecair vaksin masih berada dalam picagari terbabit.

Sehubungan itu, beliau segera memaklumkan kepada petugas dan difahamkan sudah menerima suntikan vaksin baharu.

“Tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku kepada saya. Lepas dah ‘report’ pada petugas dan tunjuk video vaksinator tersebut mengatakan dia tidak perasan.

“Saya sangat marah ketika itu, kemudian mereka berikan saya suntikan lagi,” katanya yang berkongsikan video di Instagram miliknya.

Iklan

Baca juga Petugas PPV diminta rehat jika penat, elak insiden suntikan picagari kosong

Dalam pada itu, wanita berkenaan memaklumkan beliau tidak pasti niat vaksinator tersebut dan menegaskan perkara itu akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Terdahulu, terdapat tiga kes melibatkan suntikan vaksin picagari kosong berlaku di PPV Kedah, PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur dan PPV Bangi Avenue Cenvention Centre.