“My family, my love.”- Titipan Najib Razak buat keluarga mengundang sebak warga maya

A
A
A

“MY family, my love.” Demikian titipan Datuk Seri Najib Razak Tun Razak, figura hebat sebagai bekas Perdana Menteri keenam Malaysia. Bapa yang penyayang, nota titipan ditulisnya buat keluarga sebelum menjalani hukuman mengundang sebak warga maya.

Coretan bapa kepada lima cahaya mata adalah itu luahan hati buat famili yang ditinggalkan selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta.

Baca juga: Najib berharap dapat bertemu pakcik tular yang berdoa di luar masjid ketika pengebumian bonda

Kredit foto: Bernama

catatan Mengenang kembali pengorbanan beliau selama hampir 50 tahun meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas kepada negara, hati warga maya terusik.

MY FAMILY. MY LOVE

“Keluargaku, anak cucuku. My family. My love. Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa. Hingga ke hari ini, 46 tahun lamanya. 46 years is a long time.

“Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda. Daddy memilih kerja. Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya. Merancang pembangunan. Menggubal dasar kebajikan. Mengurus ekonomi. Mengukuhkan hubungan antarabangsa. Menyelesaikan krisis. Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy.

Baca juga: Najib cari individu yang edit gambar beliau berimej rambut panjang dan sebar di Twitter

Kredit foto: Instagram Yana Najib

MASA BERLALU, DARI SUBUH KE LARUT MALAM

“Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi. Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar. Tahun-tahun dan masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja. Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian.

“Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all. My years have gone by dedicated to people, public service, politics. A sacrifice I chose and I made. A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you.

“Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy. My family, my love.

Baca juga: Nazir Razak terbuka kongsi pengalaman 'berperang' dengan kanser prostat

Kredit foto: Facebook Kaki Share

SETAKAT INI SAHAJA BERSAMA

“Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam. Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan ALLAH SWT. Apalah daya Daddy manusia dan hamba-NYA.

“Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat. Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana. Semoga ALLAH SWT sentiasa melindungi dan merahmati keluarga kita dengan kesihatan serta kesejahteraan berpanjangan. Love you all. Daddy,” titipnya.

Nota berkenaan dikatakan ditinggalkan di atas meja beliau untuk tatapan keluarga.

Baca juga: Ibu bapa kita bukan harapkan layanan VIP, cukup sekadar kasih sayang dan perhatian. Ini tip penting ketika menjaga mereka

Kredit foto: Bernama

Najib yang dilantik menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018 dikurniakan tiga cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar iaitu orang anak iaitu Mohd Nizar Najib, Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Datin Seri Rosmah Mansor, keluarganya diserikan dengan kelahiran Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.

Baca juga: Penghantar makanan maut kemalangan, tak sempat bergelar bapa

Kredit foto: Bernama

Warga maya rata-rata menzahirkan sebak membaca coretan tersebut dan mendoakan kesejahteraan beliau.

-“Rasa simpati dan sedih saya dengan kejadian yang menimpa Dauk Seri Najib. Semoga diberi kesabaran dan ketabahan kepada beliau dan ahli keluarganya.”

-“Waktu mudanya dihabiskan masa untuk bertemu rakyat. Bermesyuarat dengan pemimpin dari satu negara ke satu negara yang lain. Sibuk dan mungkin kurang masa dengan keluarga...mungkin terdetik dalam hatinya bila berusia ingin menghabiskan masa dengan keluarga tetapi dipisahkan pula dengan tembok batu.”

-“Semoga seluruh keluarganya tabah dengan ujian ni.”

-“46 tahun berkorban masa, tenaga, idea dan tinggalkan keluarga. Semoga ALLAH SWT membalas jasanya.”

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Sumber: Facebook Najib Razak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca