Pakai baju pemandu sebab bangga kerja bapa, pelukan anak perempuan kepada ayah muncul tiba-tiba di kelas buat ramai hiba

BAPA adalah insan penting dalam sesebuah keluarga. Apa yang dilakukan figura itu biasanya menjadi contoh buat anak-anak.

Orang kata, ibu bapa yang baik sudah tentu dapat dijadikan idola kepada diri anak-anak.

Seperti juga kisah seorang kanak-kanak perempuan ini yang meluahkan sangat berbangga dengan ayahnya yang bekerja sebagai seorang pemandu.

Menerusi video yang tulardi TikTok, kelihatan seorang individu yang dikenali sebagai Roy sedang melangkah masuk ke perkarangan sekolah anaknya yang menyambut Hari Kanak-Kanak bertemakan kerjaya.

Dapat dilihat juga, anak perempuannya yang bernama Pika sedang memberikan ucapan serta menceritakan mengenai kerjaya ayahnya dihadapan kelas.

Baca juga 18 tahun menanti rezeki dikurniakan anak kelapan lelaki, bapa 7 puteri akhirnya boleh bentang sejadah sebelah kanan

Menjawab soalan yang diberi gurunya, Pika meluahkan rasa bangga terhadap pekerjaan ayahnya yang bekerja sebagai seorang pemandu dan sama sekali tidak segan memakai pakaian tersebut ke sekolah.

“Saya pakai baju ni sebab saya bangga dengan bapa saya,” ujarnya.

Tak lama selepas itu, kelibat bapanya dilihat muncul di luar kelas mengharukan serta menghibakan suasana pada ketika itu.

Melihat ayahnya yang berdiri di hadapan pintu kelas itu, Pika lantas berlari sambil menunjukkan reaksi sedih serta memeluk erat tubuh bapa tersayang.

Ujar lelaki itu, dia mendapat kerja sebagai pemandu tersebut ketika isterinya mengandung anak sulungnya itu.

Baca juga 11 anak dalami bidang agama, 4 huffaz al-Quran, Dr Nurwanis kongsi doa & amalan ibu bapa. Wajar dijadikan contoh!

Iklan

“Terima kasih kakak kerana berbangga dengan babah, babah cuma menumpang rezeki kakak. Babah masih ingat waktu ummi mengandungkan kakaklah, babah dapat kerja ini.

“Terima kasih sayang, babah sayang kakak dan adik dunia akhirat. Terima kasih pihak sekolah yang beri peluang pada saya untuk beri kejutan buat anak di hari kanak-kanak peringkat sekolah bertemakan kerjaya,” coretnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sebak mereka melihat reaksi dua beranak itu.

Selain itu ramai yang berbangga dengan Pika yang sama sekali tidak segan dengan status pekerjaan ayahnya selain mendoakan kanak-kanak tersebut berjaya dan dapat membalas jasa bapa kelak.

Iklan

Sumber: TikTok @roy_scott76

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!