“DIBERI bantuan pernafasan (ventilate) lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya.”

Demikian perkongsian Ahmad Safiuddin Abdul Razak menerusi Facebooknya sebentar tadi menceritakan perkembangan terkini anak sulungnya, Ainul Mardhiah.

Menurutnya, Ainul Mardhiah, 3, diberi bantuan pernafasan dan ditidurkan bertujuan untuk merehatkan badan serta otaknya daripada demam sawan berulang.

“Hari ini Ainul di ‘ventilate’ lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya.

“Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini, biar lah dia berehat.

“Saya doa semoga ALLAH SWT bukakan jalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya. Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya saksikannya. Kakak-kakak misi pun semua jaga Ainul dengan baik,” luahnya.

Artikel berkaitan: Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

Ujarnya juga, dia reda dan menerima ketentuan Ilahi dan apa juga kemungkinan yang berlaku terhadap anaknya.

“Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa ALLAH SWT jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan.

“DIA kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika DIA nak tarik nikmat nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.

Iklan

“Saya redha dan saya pasrah. Walaupun begitu, saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa. Apa yang bakal berlaku, saya percaya itu lah yang terbaik dariNya,”coretnya.

Baca juga Terlalu tenat kerana jangkitan, Ainul Mardhiah kritikal di ICU

Pada 1 Ogos lalu, Ainul Mardhiah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Berita dikongsikan oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 27, menerusi platform Instagram (IG) miliknya yang memaklumkan kanak-kanak berkenaan sedang tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sebuah hospital.

Ainul menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019 setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’. Perkembangannya diikuti seluruh rakyat Malaysia termasuk daripada pelatih pakar bedah warga Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantunya menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

Iklan

Moga adik Ainul diberi kesembuhan seperti sedia kala. Kami semua sentiasa doakan yang terbaik buat Ainul.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.