Pelajar dibelasah, dihempap meja tulis di Langkawi, ini sebenarnya yang berlaku

A
A
A

KES pergaduhan membabitkan golongan pelajar kerap kali berlaku akhir-akhir ini.

Jika baru-baru ini ia berlaku di sebuah sekolah di Sungai Pelek, Sepang, kini kejadian seumpamanya terjadi lagi di pulau legenda, Langkawi.

Baca juga: Pelajar bertumbuk sebab kena ejek, polis beri amaran keras

Seramai 13 pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Langkawi ditahan untuk membantu siasatan susulan kes membelasah seorang pelajar lelaki.

Kredit foto: Facebook

Video membabitkan kekecohan itu menjadi tular di laman sosial. Ia yang berdurasi 25 saat itu memaparkan pelajar yang dibuli tersebut menyatakan sesuatu sebelum dipukul oleh pelajar-pelajar lain dalam sebuah kelas.

Rakaman video tersebut turut memaparkan pelajar lelaki terbabit dibelasah hampir 10 orang pelajar lain dan dihempap dengan meja tulis.

Baca juga: Jadikan pengajaran! 10 pelajar MRSM terlibat buli ditamatkan pengajian. Berikut kronologinya

Mangsa turut dilihat dihempap meja dalam pergaduhan.

Mangsa yang berusia 16 tahun memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.00 pagi 27 April 2022 di dalam sebuah kelas.

Menurutnya, pergaduhan dikatakan berpunca dari insiden ejek-mengejek.

Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua pelajar terbabit ditahan bagi proses merakam percakapan kesemua pelajar yang terbabit.

Kredit foto: Facebook

Difahamkan, daripada jumlah kesemua pelajar yang ditahan, lima daripada mereka merupakan rakan sekelas kepada mangsa manakala baki yang lain dari kelas berasingan. Rakaman percakapan sedang diambil bagi membantu siasatan.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Buli dalam kalangan pelajar sekolah

Kebanyakan orang berfikir tentang membuli, mereka membayangkan lelaki menumbuk, menendang, dan memukul satu sama lain. Tetapi pembuli fizikal hanya satu jenis buli sahaja, terdapat empat lagi jenis buli yang biasa berlaku di sekolah.

1.Buli bahasa pula ialah gelar nama, mentertawakan atau rasis.

2.Buli isyarat ialah seperti menunjukkan isyarat penumbuk atau menjeling mata.

3.Buli ugutan pula ialah meminta wang, mengambil makanan.

4.Buli perhubungan ialah perbuatan memfitnah, memulaukan atau mengumpat

Seringkali terjadi, pergaduhan bermula dengan ejekan yang membawa kepada pembulian secara fizikal.

Diharapkan perbuatan penuh keganasan yang menjadi duri dalam daging di institusi pendidikan negara ini dapat dihapuskan segera.

Baca juga: Gara-gara dendam, remaja 17 tahun sanggup upah buruh binaan rogol dan bunuh kawan sendiri

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca