SAHABAT sejati sentiasa ada bersama baik semasa senang mahupun susah. Mereka adalah insan paling bahagia apabila melihat rakan lain berjaya dan turut berduka jika kawannya dijentik kesedihan.

Bagi pemilik akaun laman sosial dikenali @syfqirfnn, pemergiaan sahabat baik Muhammad Adham Hazim Mohd Rizaini penuntut Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang meninggalkan kesan mendalam.

Allahyarham berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Punca kematian dikatakan hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan berlaku pendarahan akibat dua urat terputus pada bahagian atas dan belakang kepala.

Menerusi laman sosial TikTok, @syfqirfnn berkongsi detik-detik akhir bersama arwah yang merupakan Penerima Anugerah Dekan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.89.

Kongsi beliau, Muhammad Adham Hazim seorang yang rajin melakukan kerja-kerja amal antaranya membantu mengagihkan makanan kepada gelandangan dan keluarga terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bahkan, sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah berjanji untuk melakukan aktiviti kebajikan sekali lagi, namun tidak kesampaian kerana ALLAH lebih menyayanginya.

“Pada pagi 10 Julai dapat call tiba-tiba daripada abang Adham (Muhammad Adham Hazim) dengan nada sebak memberitahu Adham pengsan dan ada pendarahan dalam kepala.

“Cepat-cepat bersiap pergi terus hospital. Betapa pilunya hati bila sampai tengok kamu bernafas guna mesin,” kongsinya.

Bicara beliau lanjut: “Padahal dua hari lepas baru kita keluar bersama agih bantuan dekat gelandangan sekitar bandar.

“Kamu sihat sahaja masa tu. Bersemangat je kita pusing habis bandar cari gelandangan.

“Kamu banyak tolong masa kita bagi bantuan dekat keluarga terjejas disebabkan lockdown.

“Kita planning nak buat sama-sama lagi minggu depan, tapi ALLAH lebih menyayangimu,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, pemuda itu turut berkongsi detik akhir menemani jenazah termasuk merakam suasana semasa solat jenazah dan pengebumian.

“10 Julai 2021, Adham telah dijemput Ilahi pada pukul 10.55 malam disebabkan pendarahan dalam otak.

“Alhamdulillah, dapat juga teman kamu dalam bilik mayat dengan empat orang lain walaupun seketika.

“Alhamdulillah ramai hadiri solat jenazah Adham.

“Semoga tenang di sana sahabat. Al-Fatihah Muhammad Adham Hazim Bin Ruzaini 2002-2021,” jelasnya.

Baca juga “I Love You Bapak, Bapak Pergi Dulu Nanti Ebit Sampai”- Bapa Ebit Meninggal Dunia

Iklan

Video berdurasi seminit itu secara tidak langsung turut menjentik emosi warga maya yang mana majoriti mendoakan kesejahteraan allahyarham.

Warga maya sempat menitipkan:
– “Selepas kematian terbongkar kebaikannya. Bila tiba masa kita macam manalah, semoga baik-baik dan tenanglah arwah di sana. Aamiin.”

– “Al-Fatihah. Kita baik, ramai sayang.”

– “Amal kebaikan arwah menjadi asbab kematiannya ditangisi insan. Moga husnul khatimah dan syurga menjadi tempat istirehat. Al-Fatihah.

– “Al-Fatihah. Saya tidak mengenali dia tapi air mata saya mengalir melihat wajahnya. Terasa macam dia baik sangat.”

Iklan

– “Allahu, banyaknya amalan dia buat sebelum ALLAH jemput dia. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”

– “Syurga buat Adham, aamiin. Meninggal ketika berjihad menuntut ilmu.”

@syfqirfnnSimpan sini buat kenangan.Tenanglah kamu di sana

♬ original sound – Aishah_ahmadxx

KENYATAAN media ucapan simpati dan takziah daripada pihak UiTM yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook.

Pemergian beliau meninggalkan kesan mendalam buat keluarga, sahabat dan kenalan. Semoga tenang di sana. Al-fatihah.

Sumber: TikTok @syfqirfnn