'Pembunuhan Siti Nur Surya hampir sama seperti kes 13 tahun lalu' - Wartawan jenayah

'Pembunuhan Siti Surya hampir sama seperti kes 13 tahun lalu' - Wartawan jenayah
'Pembunuhan Siti Surya hampir sama seperti kes 13 tahun lalu' - Wartawan jenayah
A
A
A

PEMBUNUHAN kejam Siti Nur Surya Ismail yang berusia 19 tahun di Terengganu Ahad lalu pasti menjadi ingatan buat masyarakat negara kita.

Kes itu lebih menggemparkan apabila suspek pembunuhan adalah rakan baik mangsa sendiri yang kini berada dalam tahanan reman pihak polis.

Betul atau tidak suspek bertindak sebegitu, Wallahuaklam. Hanya Allah yang mengetahuinya.

Namun kes pembunuhan tersebut dikatakan lebih kurang sama seperti 13 tahun lepas, yang mana seorang wartawan jenayah terkenal, Syahril A. Kadir tampil membuat perkongsian menceritakan kembali peristiwa tersebut.

"MENGENANG PERGINYA ADIK JULIANA...

"HARI ni kita semua membaca kisah seorang pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai membunuh sahabatnya sendiri, Siti Nur Surya Ismail, 19, dengan mengelar beberapa kali

pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus di Kuala Berang, Terengganu.

"Suspek ditahan selepas diserahkan ibunya pada jam 8.15 pagi semalam ketika datang ke balai polis.

"Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

"Sebagai wartawan jenayah, apa yang terjadi pada adik Siti Nur Surya ini betul-betul mengingatkan aku mengenai kes pembunuhan adik Juliana Md Fuzi di Kuala Lumpur kira-kira 13 tahun lalu.

"Semuanya angkara sahabat baik juga!," tulisnya di Facebook semalam.

Ujarnya, masa tu arwah Juliana baru berumur 20 tahun.

"Semuanya bermula apabila arwah terjumpa suspek (juga seorang wanita) dalam satu majlis reunion sekolah rendah mereka.

"Suspek kemudiannya mengajak arwah untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu.

"Rupa-rupanya suspek dan teman lelakinya sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap arwah.

Baca juga Ini kronologi pembunuhan kejam remaja ditetak, dikelar dan putus tangan

Mereka membawa arwah ke sebuah hotel konon untuk mengambil barang yg tertinggal.

"Di hotel itulah, mereka telah menyamun sebelum membelit serta menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam… memang kejam!

"Hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas kedua-dua suspek.

"Tidak lama selepas itu, bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati namun mereka berdua tak berpuas hati dengan keputusan

itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia.

"Setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua.

"Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka.

Katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk "membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd

Diah.

"Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan itu adalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan.

"Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki," kongsinya.

Syahril turut mengatakan mengapa dia bercakap mengenai kes ini.

"Seperti kes adik Siti Nur Surya, aku tidak faham mengapa mereka sanggup bersekongkol menyamun dan membunuh sahabat baik sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu

dengannya setelah lama tak berjump.lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!

"Untuk makluman korang, di mahkamah, suspek, bersungguh-sungguh menafikan dia terlibat dalam pembunuhan tersebut.

"Malah dia bagaikan tak percaya dengan hukuman berkenaan hingga membuatkan dia menangis teresak-esak sambil merayu kepada ibu bapanya supaya dia dilepaskan daripada tuduhan

itu.

“Mama, saya tak bunuh! Saya tak bunuh!,” katanya sambil meraung.

"Tetapi nasi sudah menjadi bubur.

"Semoga Allah mencucuri rahmat di atas roh adik Juliana dan adik Siti Nur Surya yang dibunuh oleh sahabat mereka sendiri.

"Pada suspek-suspek kejadian ini, semoga taubat mereka diterima oleh Allah SWT di akhirat kelak," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca