SELEPAS menunggu hampir tiga bulan, ahli kumpulan De Fam, Manggis bersama suami, Syazmin Firdaus akhirnya menarik nafas lega apabila ruang dapur di kediaman peribadi mereka selesai menjalani proses pengubahsuaian.

Jika sebelum ini desain dapur impian dilakar di atas kertas, namun kini segala-galanya diterjemahkan secara fizikal. Umpama mimpi menjadi realiti, kata pasangan berkenaan.

Keterujaan Manggis dengan persekitaran ruang dapur baharu itu semakin memuncak, tambahan pula transformasi yang dilakukan persis foto dekorasi di dalam laman sosial Pinterest.

DEKORASI RUMAHMenurut Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, beliau menerapkan konsep Japanese Coastal Aesthetic bagi mencipta kelainan di ruang memasak tersebut.

dekorasi rumah
RUANG dapur konsep Japanese Coastal Aesthetic yang turut menggabungkan rekaan ala industri minimalis.

“Lagipun saya dan suami amat meminati rekaan dapur ala industri yang tampak tersusun. Berikutan itu, kami memilih kombinasi simen dan kayu kekemasan minimalis bagi mendapatkan vibes diingini.

“Dari segi pemilihan kayu, kami tidak memilih kualiti cantik dan baharu. Sebaliknya, meminta khidmat pereka hiasan dalaman menerapkan kelengkapan berasaskan kayu yang tidak sempurna supaya bersesuaian dengan elemen industri,” katanya kepada SinarPlus pada Selasa lalu.

Berbicara lanjut, Manggis berusia 32 tahun memberitahu, lantai yang diterapkan di ruang dapur merupakan material terracotta. Idea sedemikian diinspirasi daripada kediaman adiknya yang menetap di Australia.

dekorasi rumah
KOMBINASI jubin terracotta bersama simen menyuntik mood segar dan unik di ruang dapur kediaman Manggis yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.

“Lazimnya, jubin jenis terracotta diletakkan di luar, tetapi tak sangka apabila diaplikasi di dalam rumah khususnya bahagian dapur elemen tersebut membantu menyuntik mood segar dan unik,” ujarnya yang menempah khas perabot dan membeli secara dalam talian dari luar negara antaranya New York, Amerika Syarikat.

Pun begitu, paling menangkap perhatian penulis ialah tiga buah bangku bar konsep tradisional yang diletakkan di pulau dapur konkrit. Pada pandangan mata kasar mungkin ia tiada beza dengan kerusi lain, tetapi tidak bagi Manggis dan pasangan.

dekorasi rumah
NILAI SENTIMENTAL. Fabrik membaluti permukaan tempat duduk bangku bar menggunakan kain batik dan kain pelikat milik arwah ibu dan ayah mertua Manggis.

Kesemua kerusi tersebut mempunyai nilai sentimetal tersendiri. Masakan tidak, fabrik yang membaluti permukaan tempat duduk bangku bar itu menggunakan kain batik dan kain pelikat milik arwah ibu dan ayah mertua Manggis.

“Secara tidak langsung, kami mengembalikan memori malar segar dan seolah-olah mertua sentiasa bersama di dapur.

Iklan

“Sehinggakan, kain pelikat ayah berlubang akibat cucuh rokok pun jelas kelihatan di permukaan tempat duduk kerusi bar. Sayang pula nak buang kesan tersebut,” katanya yang turut menjelaskan sengaja menempatkan satu sahaja jendela di dapur tanpa tinted dan tidak ‘terperangkap’ di dalam jeriji besi.

dekorasi rumahPemilihan jendela di bahagian sinki yang boleh dibuka luas itu bertujuan mendapatkan pengaliran udara dan pencahayaan lebih baik, kata Manggis.

dekorasi rumah

Iklan

dekorasi rumah

dekorasi rumah
PROFIL

cik manggisNama: Cik Manggis
Umur: 32 tahun
Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan jurucakap
Jenis kediaman: Tanah lot