"Penat sangat. Tapi penat yang bahagia" - Farah Lee tayang kereta mewah
"MASIH terngiang-ngiang kata-kata itu dilemparkan di hadapan muka."
Begitulah perkongsian influencer popular, Farah Lee di laman Instagramnya yang menunjukkan sebuah kereta mewah.
Menerusi posting tersebut, ibu tunggal kepada Maream Esabel Ally, berusia 6 tahun itu memuat naik foto mereka berdua di sisi kereta yang bernilai ratusan ribu itu difahamkan baru sahaja menjadi miliknya.
Farah juga turut menceritakan cabaran dan kata-kata hinaan yang diterima sebelum berjaya dalam perniagaan.
Kongsinya;
"Tengoklah dia, buat business pun tak berjaya, staff pun tak kekal, bibik asyik tak lekat..."
"Berderau darah tapi masih tunduk mengiakan kekurangan. Rasa loser jugak masa tu actually.
"Well, I didn't focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot."I didn't have space to bloom. Suppressed. Lost.
"Now that the wall was demolished - I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah.
Artikel berkaitan: Berkongsilah selagi mana ia tidak membuka aib sesiapa
"Arwah Papa once confessed to me; "Papa sedih untuk Maream, tapi untuk Kakcik, Papa gembira, sebab Papa tahu potensi anak Papa. Papa nak tengok Kakcik yang dulu". Sadly, you're not
here to see us today Papa. But I'm sure, Allah tunjukkan Papa perkara yang lebih baik yang diluar akal kami yang di dunia ni. These all, berkat air mata Papa dulu, dan doa Mama yang tanpa henti sehingga sekarang.
"Wanita kadang ketepikan 'kejayaan' mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah
mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.
"Few times someone came and said, "Saya kesian tengok Farah, saya sedih". I replied "Eh tak perlu sedih, I'm happier and better than before. Alhamdulillah, saya redha dan sangat bersyukur dengan yang dah berlaku"."It wasn't a smooth one. There were times I got emotionally, mentally and physically exhausted all at a time. What did I do.? I just cried, and talked to God. Then, resume life as usual. Repeat.
"Crying doesn't mean that you're not content with life, it's a moment for you to feel, to humble yourself and to seek for help. Life is full of obstacles because Heaven is exclusive. But, please remember, WITH hardship comes ease.
"Ya, penat. Penat sangat. Tapi penat yang bahagia," tulisnya.
Rata-rata pengikutnya turut memberi kata-kata semangat buatnya dan juga anak perempuan comel itu.
Kata mereka;farahfakhira_ - Orang yang nama Farah ni memang hebat dan kuat. Proud of you my sister.
syiffarosman - Congratulations! You are so inspiring in many ways Kak Farah! Moga Allah luaskan lagi seluruh pintu rezeki.
anne_aziz - Kita banyak masa untuk anak-anak dan parents kita. Pasal jodoh biarlah Allah tentukan.. Semoga selalu di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
zueraidashahrom - Same-same jaga anak dan cari keredhaan Allah aje sekarang ni.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang