‘Pergi umrah sekadar konten, berlakon cium kaabah & promosi produk.’ Dr Kamilin luah rasa bimbang!

TREND masa kini menyaksikan segelintir selebriti menjejakkan kaki ke Tanah Suci semata-mata demi secebis konten.

Perkara tersebut disuarakan oleh Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Kamilin Jamilin menerusi laman TikTok miliknya.

Beliau mengakui bimbang dengan situasi tersebut.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

“Risau melihat trend orang sekarang pergi umrah. Bukan semua, tetapi boleh lihat banyak dalam media sosial kini.

“Dahulu kalau dapat pergi Makkah dan Madinah satu benda yang cukup besar. Ia jadi satu medan keinsafan kalau kita betul-betul terasa dengan keagungan ALLAH dan kemuliaan tanah suci,” kongsi beliau menerusi satu petikan video.

Tambah Dr Kamilin, lazimnya, selepas pulang dari Tanah Suci, ramai yang bertaubat dan berubah menjadi lebih baik. Kini, situasi tersebut berbeza.

“Sekarang macam tak ada apa-apa. Orang yang pulang dari sana macam itu juga.

“Sebahagian artis atau selebriti yang pergi sana lebih kepada sekadar konten. Selfie sana sini, berlakon cium kaabah dan solat bagai,” Ujar pemilik nama sebenar Ahmad Kamil Jamilin.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pengusaha produk yang mengambil kesempatan di hadapan kaabah.

Gambar sekadar hiasan

Baca ni ‘Mak ladang pahala & rezeki.’Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

“Ada juga yang ke sana untuk promosikan produk. Ini banyak kita boleh nampak. Macam produk barakah, tangkap gambar berlatar belakangkan Kaabah.

“Pergi Makkah, Madinah ini macam sekadar pergi melancong sahaja. Bukan untuk beribadah sangat pun. Ada duit pergi seronok-seronok, tunjuk sana sini dan cari populariti, duniawi. Hilang rasa keagungan ALLAH dalam hati.

“Ke’izzahan dua Tanah Suci itu dah macam tak rasa apa dah. Ibadah haji dan umrah yang besar itu pun macam sekadar tentatif atau konten yang mahu menarik penonton sahaja,” luah beliau lagi.

Gambar sekadar hiasan

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata turut bersetuju dengan pandangan Dr Kamilin.

Baca lagi Pernah menghuni rumah anak yatim jadikan Nurul Fadzilah lebih cekal, tahu isi hati dan kesusahan rakyat 

Berikut antara petikan kata-kata warganet:

Iklan

“Terima kasih Dr luahkan apa yang saya rasa. Bila dekat sana macam memang sudah tersedia jurukamera untuk rakam apa yang kita buat di sana.”

“Sekarang orang pergi umrah sudah macam pergi melancong. Ada juga yang bersuara. Terima kasih wakilkan kami.”

Gambar sekadar hiasan

“Akhirnya ada juga yang bersuara. Kita tinggalkan kejahilan di sana, bawa balik benda-benda baik.”

“Setuju sangat dengan pendapat ustaz. Terima kasih ustaz.”

“Orang dulu-dulu, simpan duit bertahun, pastikan dari sumber halal, baru pergi tanah suci. Balik memang berubah 100 peratus. Kenal diri, kenal ALLAH.”

“Setuju walaupun bukan semua yang begitu. Inilah kebenaran yang kita lihat di media sosial sekarang ni.”

Iklan

Sumber: drkamilinjamilin

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.