Pernah dakwa guru gurau mengenai rogol, pelajar kini di sekolah swasta

A
A
A

PASTI ramai yang mengikuti kes pelajar yang mendakwa guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani bergurau mengenai elemen rogol ketika sesi persekolahan.

Susulan kontroversi berkenaan, remaja berkenaan, Ain Husniza mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan turut melalui pelbagai proses perundangan sehingga Ogos lalu.

Kredit foto: Malay Mail

Baca juga: [VIDEO] Tular kereta tersadai di bengkel caj RM12K, wanita dedah mekanik mesej akan siap segera

Dalam perkembangan terbaru, bapa Ain, Saiful Nizam memaklumkan anak gadisnya yang berusia 17 tahun itu kini gembira memulakan sesi pembelajaran.

Menerusi perkongsian video TikTok dan hashtag, Ain sudah berpindah ke sebuah sekolah swasta yang terletak di Selangor.

“Dia gembira.. alhamdulillah. #AinHusniza #MakeSchoolASaferPlace #CempakaSchools,” kongsi Saiful di Twitter.

Perkongsiannya di laman sosial TikTok laman Twitter sehingga menerima lebih 4,500 tanda suka.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan remaja itu merakam dirinya berpakaian seragam sekolah dan memperlihatkan persekitaran tempat belajar yang baru.

Rata-rata memberikan sokongan buat remaja itu dan berkongsi memberikan kata-kata positif buat Ain dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah.

“Alhamdulillah.. semoga dia dikurniakan pengalaman persekolahan yang indah, mencapai impian dan mendapat ramai kawan baru!”

“Alhamdulillah, tuan. Semua yang terbaik untuknya dan tahniah atas semua sokongan yang telah diberikann. Ini adalah sokongan keluarga yang hebat.”

“Moga dipermudahkan segala urusan keluarga Tuan Saiful dan masa depan Ain. Semoga sentiasa dibawah lindungan ALLAH. Aamiin.”

“Terbang tinggi dan jadi manusia hebat dik.”

Ogos lalu, pihak polis menerima notis Tiada Tindakan Lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya sekali gus tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas guru lelaki berkenaan.

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Baca juga: Patut Cecah Ribuan Ringgit! Ikan Siakap Hiasan Pelihara Dalam Sangkar Dijadikan Juadah

Baca juga: “Tak setuju saiz, jangan makan, peniaga pula jangan perangkap”- Isu siakap 'kayangan,' ini ulasan UAI

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Twitter @saifulnizam769

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca