Persembahan anak Malaysia, Vanessa Reynauld di ‘Sing! China’ memukau ramai, sangat wow bawa lagu Mandarin

PENYANYI berimej unik, Vanessa Reynauld, 23, kini berada di Shanghai, China mewakili Malaysia dalam pencarian bakat realiti, Sing! China.

Penyanyi yang terkenal dengan imej rambut kembang itu memuat naik video ringkas di Instagram, dirinya yang menyanyikan lagu Mandarin mendapat tepukan gemuruh juri terkenal rancangan itu, Wakin Chau semalam.

Dia menerima tepukan gemuruh pada penghujung persembahannya dan lebih 400 warga maya mengucapkan tahniah kepadanya, berharap dia akan memenangi pertandingan selama tiga bulan itu.

Dalam kapsyen video itu, Vanessa berkata: “Ini adalah sedikit coretan persembahan saya. Harap anda semua menyukainya.”

Baca juga ‘Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri’. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

 

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan artis memuji Vanessa termasuklah juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor dan juara One In A Million musim pertama, Suki Low.

“Wah! Ini menakjubkan. Sangat berbangga dengan awak Vanessa yang dikasihi. Semoga yang terbaik dan Tuhan memberkati,” kata Jaclyn.

“Pergi Vanessa! Awak boleh buat,” kata Suki.

Antara komen warga maya;

“We have another winner in our hand! You go girl, make Malaysia proud and let the world knows!”

“Wow! Berhabuk mata. Imma proud fellow Malaysian. Share to us on how to support and vote ya sis? Semoga berjaya!”

“Finally, international! Fighting and all the best gurl.”

Baca juga Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

Iklan

Jun lalu, Vanessa kelahiran Klang, anak kacukan Cina-India berkata bahawa dia sedang mengikuti pelajaran muzik dan mengambil bahagian dalam satu projek di China.

Vanessa, yang belajar bahasa Mandarin sehingga tahun enam, menjadi terkenal selepas menduduki tempat kedua dalam pertandingan nyanyian 2016 Water Cube Cup.

Dia menewaskan 60 penyanyi muda dari 42 negara lain dalam pertandingan yang memfokuskan kepada belia Cina di luar negara.

Pada 2015, Vanessa menduduki tempat keempat dalam pencarian bakat realiti Astro Ceria Popstar 3.

Iklan

Vanessa memenangi Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!